~Learning Have No Quota~ Keep Learning As Long As U Can~ Stay Humble + Positive ~ respect others~ Always Sharing~ Be Honest And Be Thankful ~AdidRashid~

Jumaat, 2 Disember 2016

Teori- teori berkaitan remaja - Psikologi Remaja

Terdapat pelbagai teori yang berkaitan dengan remaja. Antara teori yang penting adalah dalam teori perkembangan. Dalam teori perkembangan terdapat lima cabang utama iaitu teori pembelajaran, teori perkembangan kognitif, teori psikoanalisis dan psikodinamik, teori sistem ekologi dan teori life-span.

Pertama, Teori Pembelajaran ia terbahagi kepada dua iaitu Teori Tingkah Laku dan juga Teori Pembelajaran Sosial. Teori tingkah laku mempunyai dua konsep iaitu Teori Pelaziman Klasik Yang dibawa oleh Ivan Pavlov. Semua peristiwa yang menjadi rangsangan kepada akan menjadikan tindak balas berlaku secara lazim mahu pun tidak. Jika dilihat dari sudut pembelajaran remaja, mereka akan belajar melalui apa yang mereka lihat dan apa yang mereka alami dan seterusnya menjadi peneguhan dalam diri mereka. Tingkah laku yang ditiru yang dikeluarkan apabila berlaku rangsangan yang sama dengan peristiwa sebelumnya dan menghasilkan tingkah laku. Seterusnya adalah teori Pelaziman Operan yang dibawa oleh Thondike. Teori ini menekan aspek peneguhan positif dan negatif, hukuman, dan kekecewaan. Dalam filem Kindness of Weakness, watak James dilihat jelas mengalami proses pelaziman operan di mana beliau kerap menerima peneguhan negatif dan menerima hukuman. Beliau sering menjadi mangsa ibu dan juga teman lelaki ibunya.

Teori kedua dalam pembelajaran adalah Teori Pembelajaran Sosial. Teori ini diperkenalkan oleh Albert Bandura juga dikenali sebagai Teori Pemerhatian Pembelajaran. Menurut teori ini, individu belajar melalui persekitaran mereka, kemudian mereka akan meniru pemerhatian tersebut mengikut keselesaan individu tersebut. Walau bagaimanapun menurut Bandura, proses pembelajaran melalui teori ini memerlukan beberapa keperluan yang perlu dipenuhi iaitu :-
Ø  Perhatian – Untuk belajar memberi perhatian adalah sangat penting. Ini kerana kurang perhatian akan memberi kesan yang negatif kepada pembelajaran melalui pemerhatian.
Ø  Pengekalan – Individu mesti boleh untuk menyimpan segala informasi, yang kemudiannya boleh menggunakannya semula.
Ø  Reproduksi – Setelah memberi perhatian dan pengekalan, tingkah laku perlu dihasilkan.
Ø  Motivasi – Individu perlu mempunyai motivasi untuk menghasilkan tingkah laku daripada pemerhatian mereka.

Kedua, teori perkembangan kognitif. dalam teori ini terdapat tiga pecahan utama teori iaitu i) Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Teori ini menekankan aspek adaptasi melalui dua proses utama iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi adalah proses menambahkan informasi baru ke dalam skema yang sudah ada. Proses ini bersifat subjektif, karena seseorang akan cenderung memodifikasi pengalaman atau informasi yang diperolehnya supaya masuk ke dalam skema yang sudah ada sebelumnya. Akomodasi secara ringkasnya bermaksud perubahan atau mengubah skema sedia ada untuk mengambil informasi yang baru. ii) Teori Sosiobudaya Vysotsky. Dalam teori ini terdapat empat konsep iaitu Zon perkembangan proksimal, Bantuan perancah (scaffolding). Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal, Perkembangan bahasa dan Pendekatan sosio-budaya. iii) Teori Pemprosesan Maklumat. teori pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seseorang dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran.

Ketiga adalah, Teori Psikoanalisis dan Psikodinamik. Dua teori penting yang menjelaskan perkembangan manusia adalah Teori Pembangunan Psikososial Erickson dan  Teori Psikoseksual Freud. Kedua-dua teori ini menekankan bagaimana manusia menyelesaikan dan melalui setiap konflik pada setiap tahap.

Keempat adalah Teori Sistem Ekologi. Terdapat lima sistem lingkungan yang merentang dari interaksi interpersonal sampai ke pengaruh budaya yang lebih luas. Bronfenbrenner menyebut sistem-sistem itu sebagai mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem, dan kronosistem.

Kelima adalah Teori life-span. Perkembangan Masa Hidup (life span). Pendekatan ini menekankan bahawa perubahan perkembangan terjadi selama masa kanak-kanak hingga dewasa. Perspektif masa hidup menekankan pada 7 kandungan dasar : perkembangan adalah seumur hidup, multidimensional, multidireksional, plastis, melekat secara kesejarahan, multidisiplin dan kontekstual.


Sabtu, 3 September 2016

Asimilasi dan akomodasi- CROSS-CULTURAL PSYCHOLOGY

1.0          Pengenalan


Terdapat ramai tokoh dan pelbagai teori berkenaan silang budaya dan perkembangan kanak-kanak. Antara tokoh yang terkenal adalah Jean Piaget. Jean Piaget lahir pada 9 ogos 1896 di Neuhatel, Switzerland. Sedikit tentang latar belakang beliau dan bagaimana beliau mula mengkaji perkembangan kanak-kanak; Bapa beliau merupakan seorang professor dan ibu beliau juga seorang yang bijak. Ketika zaman kanak-kanak beliau sangat tertarik kepada alam. Beliau mula menulis karangan berkaitan alam pada seawal 10 tahun. Perkembangan pemikiran Piaget banyak dipengaruhi oleh Samuel Cournut. Cournut menarik Piaget untuk mempelajari ilmu falsafah untuk meluaskan lagi pengetahuan beliau. (Inda, 2008)
Piaget mengalihkan fokus beliau kepada perkembangan intelektual ketika beliau berada di University of Zurich. Beliau mula berminat dengan psikoanalisis. Beliau kemudian  bekerja di Institusi kanak-kanak lelaki yang ditubuhkan oleh Alfred Binet. Disini beliau mula mempelajari dan mendalami perkembangan kanak-kanak dengan menghabiskan masa yang lama untuk mengamati tingkahlaku kanak-kanak. Ia memberi perhatian kepada bagaimana kanak-kanak belajar, bercakap, berfikir dan bertingkahlaku yang akhirnya membentuk nilai moral kanak-kanak tersebut.
Beliau berkahwin dengan Valentine Chateny dan mempunyai tiga orang anak. Piaget dan Isteri mula melihat perkembangan anak mereka sendiri yang lahir pada tahun 1925, 1927, dan 1931. Pemerhatian ini melihat tahap perkembanagn kognitif kanak-kanak. Hasil dari pemerhatian mereka, ditulis dalam buku the origins of intelligence in children dan constuction of the reality in the child. (Inda, 2008).
Dengan lebih 60 buah buku, dan beratus artikel serta jurnal yang diterbitkan, Piaget bukan sahaja memberi sumbangan dalam bidag psikologi, tetapi juga dalam bidang pendidikan, sosiologi, ekonomi, perundangan dan beberapa bidang lain. Beliau meninggal pada 16 september 1980.
Dalam teori perkembangan kognitif piaget, perkembangan kognitif terbahagi kepada tiga kompenen. Pertama adalah Skema, kedua adalah adaptasi, dan ketiga adalah tahap-tahap perkembangan.
   

2.0          Asimilasi Dan Akomodasi

Menurut Piaget, kanak-kanak dilahirkan dengan skema sensorimotor yang menjadi asas bagi interaksi awal kanak-kanak. Pengalaman awal ini akan ditentukan oleh sensorimotor. Ini juga membawa maksud bahawa hanya peristiwa dan kejadian yang dapat diasimilasikan ke skema itulah yang akan dapat memberi tindak balas dan tindak balas kepada kanak-kanak. dan ia menjadi batasan dan penanda aras kepada pengalaman kanak-kanak. Namun menurut beliau melalui pengalaman yang ada skema awal ini dimodifikasi. Setiap pengalaman yang hadir mengandungi elemen yang unik dan yang perlu di akomodasi  oleh struktur kognitif kanak-kanak. Melalui interaksi, struktur kognitif akan berubah dan memungkinkan perkembangan pengalaman berlaku secara berterusan.
Dalam teori yang diusulkan oleh Piaget berkaitan dengan perkembangan intelektual adalah berdasarkan 3 fungsi dan komponen. Pertama adalah fungsi organisma. Fungsi organisma adalah untuk mengatur secara sistematik proses fizik dan psikologi  yang teratur dan berstruktur. ia juga dikenali sebagai skema. Kedua adalah adaptasi. Adaptasi adalah proses penyesuaian skema-skema dalam memberi tindak balas. Proses ini melibatkan dua proses penting yang saling berkait. Iaitu Asimilasi dan Akomodasi.

Menurut Kamus Psikologi Oxford, Asimilasi menurut Piaget “ a form of adaption in which novel experiences are incorporated into existing psychological structure or processes, as when an infant responds to a new toy that is introduced into its environment by treating it like an already familiar object, interpreting it on the basic  of past experience as something to be grasped, put in the mouth and so on. (Colman, 2015)

Asimilasi adalah penggunaan skema yang sedia ada dan mengaplikasikan kepada situasi yang baru. Asimilasi merupakan proses kognitif, dengan asimilasi seseorang mengintegrasikan semua persepsi atau stimulus kedalam skema yang ada atau tingkah laku yang ada. Asimilasi berlangsung berpanjangan. Seseorang tidak hanya memproses satu stimulus saja, melainkan memproses banyak stimulus. Secara teori, asimilasi tidak menghasilkan perubahan skemata, tetapi asimilasi mempengaruhi pertumbuhan pada skemata. Oleh yang demikian asimilasi merupakan proses kognitif, dengan proses itu individu secara kognitif mengadaptasi diri terhadap lingkungan dan mengadaptasikan  proses  itu. Asimilasi adalah proses kognitif di mana seseorang mengintegrasikan persepsi, konsep atau pengalaman baru ke dalam skema atau pola yang sedia ada dalam fikirannya.

Asimilasi adalah proses menambahkan informasi baru ke dalam skema yang sudah ada. Proses ini bersifat subjektif, karena seseorang akan cenderung memodifikasi pengalaman atau informasi yang diperolehnya supaya masuk ke dalam skema yang sudah ada sebelumnya. Sebagai contoh melihat burung kenari dan memberinya label "burung" adalah contoh mengasimilasi binatang itu pada skema burung pada kanak-kanak.

Akomodasi pula menurut Kamus Psikologi Oxford adalah “ a form of adaption in which psychological structure or processes are modified to fit the changing demand of environment as when an infant adapt in perceptual processes and behavioral repertoire to a new toy that is introduced into a milieu” (Colman, 2015)

Akomodasi secara ringkasnya bermaksud perubahan atau mengubah skema sedia ada untuk mengambil informasi yang baru. Akomodasi adalah kemampuan manusia menciptakan perkara-perkara atau menggabungkan skema-skema yang lama untuk memecahkan dan menyelesaikan masalah. Dalam menghadapi rangsangan atau pengalaman baru seseorang tidak dapat mengasimilasikan pengalaman yang baru dengan skema yang sedia ada. Pengalaman yang baru mungkin tidak sesuai dengan skema yang telah ada. Dalam keadaan demikian individu akan melalui proses akomodasi.

Akomodasi terjadi untuk membentuk skema baru yang sesuai dengan rangsangan yang baru atau modifikasi skema yang telah ada untuk memberi tindak balas kepada sesuatu rangsangan. Dalam menghadapi rangsangan atau pengalaman baru seseorang tidak dapat mengasimilasikan pengalaman yang baru dengan skemata yang telah sedia ada.  Bagi Piaget adaptasi merupakan suatu kesetimbangan antara asimilasi dan akomodasi. Bila dalam proses asimilasi seseorang tidak dapat mengadakan adaptasi terhadap lingkungannya maka terjadilah ketidakseimbangan (disequilibrium). Akibat ketidakseimbangan itu maka terjadilah akomodasi dan struktur kognitif yang ada akan mengalami perubahan atau munculnya struktur yang baru. Pertumbuhan intelektual ini merupakan proses terus menerus tentang keadaan ketidakseimbangan dan keadaan seimbang (disequilibrium-equilibrium). Tetapi bila terjadi kesetimbangan maka individu akan berada pada tingkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Pengalaman-pengalaman baru itu, kadangkala tidak sesuai dengan skema yang seseorang, untuk itu perlu mengadakan akomodasi bila kurang sesuai iaitu dengan membentuk skema baru yang sesuai dengan rangsangan yang baru, atau dengan memodifikasi skema yang ada sehingga sesuai dengan rangsangan itu. Contoh kepada asimilasi dan akomodasi menurut Piaget adalah seperti berikut :-
  • Seorang anak melihat zebra buat kali pertama dan memanggil kuda. Kanak-kanak itu mengasimilasikan maklumat ini ke dalam skema beliau untuk kuda. Apabila kanak-kanak itu menempatkan maklumat, dia mengambil kira sifat-sifat yang berbeza daripada kuda belang berbanding kuda, mungkin memanggil kuda belang kuda dengan jalur. Apabila dia akhirnya mendapat tahu nama zebra, beliau telah ditempatkan maklumat baru ini.
  • Asimilasi adalah seperti menambah udara ke dalam belon. Ianya perlu ditiup dan akan menjadi lebih besar dan lebih besar. Contohnya, skema yang berusia dua tahun itu pokok adalah "hijau dan mempunyai kulit yang keras", maka dari masa ke masa kanak-kanak itu menambah maklumat  seperti beberapa pokok gugur daunnya,  beberapa pokok mempunyai nama-nama, menggunakan pokok ketika sambutan krismas dan lain-lain.  Maklumat ini akan senang diperolehi sekiranya banyak maklumat  sedia ada
  • Kanak-kanak yang sudah pandai menunggang basikal beroda besar boleh  dan mudah untuk menunggang basikal tiga roda dengan tidak ada masalah. Ini kerana mereka boleh mengasimilasikan  dengan pemahaman bahawa skemaadalah 'jenis yang sama'. Namun sebelum berlakunya asimilasi akan berlakunya akomodasi untuk menyimpan skema yang baru. 
  • Apabila kanak-kanak belajar perkataan untuk anjing, mereka mula memanggil semua binatang yang berkaki empat adalah anjing. Ini adalah asimilasi. Orang di sekeliling mereka akan berkata, tidak, itu bukan anjing, ia adalah kucing. Skema untuk anjing kemudian mendapat diubahsuai untuk menghadkan kepada hanya tertentu haiwan berkaki empat. Proses ini adalah akomodasi

3.0      Empat Peringkat Perkembangan Kognisi Piaget (1952)

Perkembangan kognitif merupakan pertumbuhan berfikir logik bermula dari bayi  hingga dewasa. Tahap Perkembangan Kognisi menurut Piaget mempunyai empat tahap iaitu :
1.      Tahap sensorimotor                       : 0 – 2 tahun
2.      Tahap pra-operasional                   : 2 – 7 tahun
3.      Tahap operasional konkrit             : 7- 12 tahun
4.      Tahap operasional formal              : 12 hingga dewasa
Tahap sensorimotor merupakan tahap di mana bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Ia bermula ketika lahir hingga dua tahun. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian. Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.  (Kleinman, 2015)
a)      Bermula kosong hingga enam bulan (0 hingga 4 bulan) merupakan proses refleks. Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan,
b)      Sebulan hingga empat bulan (1 hingga 4 bulan) merupakan proses reaksi asas sekular. Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkah laku kanan-kanak. Dan ia akan menjadi lekatan dalam pemikiran.
c)      Empat hingga lapan bulan (4 hingga 8 bulan) merupakan proses reaksi sekular kedua. Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Atau mula mengenali persekitarannya.
d)     Lapan hingga dua belas bulan (8 hingga 12 bulan) merupakan proses reaksi koordinasi. Masa ini dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi.
e)      Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (12 bulan hingga 18 bulan) merupakan proses reaksi sekular ketiga di mana pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif.
f)       Lapan belas bulan hingga dua tahun (18 bulan hingga 2 tahun) merupakan proses penggambaran pemikiran awal bayi. Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.
Tahap pra-operasional berada pada tahap umur dua hingga tujuh tahun. Penggunaan istilah pra operasional adalah menekankan kepada pada tahap ini kanak-kanak masih belum berfikir secara operasional. (Choo, 2012). Pada tahap ini kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya. Perkembangan kognitif kanak-kanak akan semakin pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.
Dalam tahap ini Piaget menjelaskan lima perwatakan  adalah seperti berikut :- (Prof emiritus Dato Dr Abdul Halim Othman, 2015)
                i.           Conservation - kesedaran  mengenai kuantiti fizikal adalah tetap sama walaupun luaran atau appearance telah berubah.
                 ii.            Konsentrasi     -  Kebarangkalian untuk fokus kepada aspek utama dalam sesuatu masalah.
              iii.            Irreversibility   - Tidak dapat membayangkan proses yang tidak berlaku
              iv.            Egocentric       - Tidak dapat memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.
                 v.            Animism          - Percaya semua objek adalah hidup.

Tahap operasional konkrit iaitu pada usia tujuh hingga 11 tahun merupakan tahap di mana kanak-kanak mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Mereka sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Tahap operasional formal bermula daripada kanak-kanak berusia 11 tahun dan sehingga dewasa pula merupakan tahap di mana telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

4.0   Cadangan mempertingkat perkembangan Kognisi Kanak-Kanak Berlainan Budaya

Budaya yang berbeza akan secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ini kerana seperti yang dibincangkan di atas, pembelajaran dan perkembangan kognisi kanak-kanak turut dipelajari melalui persekitaran mereka. Oleh yang demikian terdapat beberapa cadangan untuk mempertingkat perkembangan kognisi kanak-kanak berlainan budaya ini.

Konteks budaya adalah penting untuk perkembangan kognisi kanak-kanak. Terdapat pelbagai variasi yang besar dalam memberi takrif budaya yang berbeza. Hasilnya, pelbagai aspek fungsi kognisi atau prestasi kognisi yang lebih tinggi dalam beberapa konteks budaya dari pada orang lain. Sebagai contoh, manakala pemprosesan kelajuan adalah satu aspek kecerdasan yang sangat bernilai dalam konseptualisasi utama di barat. Aspek kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan kecekapan sosial kelihatan dilihat sebagai lebih penting daripada kelajuan dalam beberapa konteks budaya bagi budaya yang lain. Ini sangat penting untuk perkembangan kognisi awal kanak-kanak untuk mengenali peranan yang konteks budaya yang memainkan peranan dalam menentukan dan menetapkan peringkat untuk fungsi kognitif sihat kanak-kanak. Menurut pandangan Piaget dalam perspektif silang-budaya, perbezaan masyarakat dan budaya akan terjadi pada tahap ke-tiga dan ke-empat dalam tahap perkembangan kognisi kanak-kanak. Walau bagaimanapun ia bergantung pada sesuatu budaya itu. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan perkembangan kognisi kanak-kanak berlainan budaya. Antaranya adalah seperti berikut di bawah.

Cadangan pertama adalah dengan menggunakan proses, sebab dan akibat (Cause-and-Effect). Sebagai contoh, dalam pengalaman harian, Seorang bayi menangis dan kemudian mengambil mainan dan kemudian mendengar bunyi mainan tersebut, dan mengangkat kepala memberi peluang kepada bayi untuk belajar tentang sebab dan akibat. Pengetahuan ini membantu bayi untuk lebih memahami sifat-sifat objek, corak tingkah laku manusia, dan hubungan antara peristiwa dan akibatnya. Melalui pembangunan pemahaman tentang sebab dan akibat, bayi membina kebolehan mereka untuk menyelesaikan masalah, membuat ramalan, dan untuk memahami kesan tingkah laku mereka kepada orang lain.

Cadangan kedua adalah melalui hubungan spatial. Bayi dan kanak-kanak belajar tentang hubungan ruang dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, mereka meneroka objek dengan mulut mereka, mengesan objek dan menyesuaikan objek, dan melihat sesuatu perkara dalam perspektif yang berbeza. Bayi dan kanak-kanak menghabiskan banyak masa mereka meneroka aspek fizikal dan spatial alam sekitar, termasuk ciri-ciri, dan perkaitan hubung kait sesuatu perkara, keadaan persekitaran, objek, dan ruang fizikal di sekeliling mereka. Pembangunan dan perkembangan pemahaman hubungan ruang meningkatkan pengetahuan bayi  dengan cara bagaimana perkara yang bergerak dan sesuai dalam ruang dan sifat-sifat objek.

Cadangan ketiga adalah melalui permainan simbolik. Permainan simbolik adalah tingkah laku awal kanak-kanak biasa juga dikenali sebagai "berpura-pura bermain, berfantasi atau permainan imaginatif (Colman, 2015). Pemikiran perwakilan adalah komponen teras kepada permainan simbolik. Dalam usia lapan bulan, bayi telah belajar fungsi objek biasa contohnya, memegang telefon mainan untuk "mendengar" suara seseorang. Pada usia kanak-kanak sekitar 18 bulan, mereka menggunakan satu objek yang berdiri, atau mewakili objek yang sedia ada dalam skema mereka. Sebagai contoh, bayi berpura-pura menganggap pisang adalah telefon. Pada usia 36 bulan, kanak-kanak melibatkan diri dalam berpura-pura bermain di mana mereka mewakili objek tanpa objek, atau pengganti konkrit, yang boleh didapati. Sebagai contoh, mereka boleh membuat "panggilan telefon" dengan memegang tangan mereka ke telinga mereka.

Cadangan keempat adalah dengan menggunakan cara meta-kognisi. Pengetahuan meta-kognisi adalah merujuk kepada berfikir tentang pemikiran sendiri. Keupayaan untuk memantau jelas pembelajaran salah mereka sendiri, atau untuk menggunakan strategi mnemonik adalah asas pada kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah memahami bahawa ia adalah lebih mudah untuk mengingati senarai kecil barangan daripada sebaliknya, tetapi tidak akan berlaku secara spontan. Ia menggunakan strategi latihan untuk mengingati senarai tersebut. Guru boleh menggalakkan anak-anak untuk memikirkan tentang pemikiran mereka sendiri dan pembelajaran dengan membenarkan masa bagi suatu aktiviti post-book. Sebagai contoh guru-guru juga boleh meminta setiap pelajar untuk menamakan satu perkara yang mereka pelajari dari buku ini. Menulis jawapan pelajar di papan tulis yang boleh membantu kanak-kanak memahami keperibadian pemikiran dan pembelajaran mereka.

Antara cadangan lain yang boleh digunakan dalam meningkatkan perkembangan kognisi terhadap kanak-kanak berlainan budaya adalah dengan Kognisi sosial. Kognisi sosial merujuk kepada berfikir tentang orang lain dan keadaan sosial. Sebagai kanak-kanak mendapat kemahiran kognitif baru, pemahaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi sosial akan bermula. Menjelang tahun prasekolah kanak-kanak mula memahami minda sebagai satu entiti pemikiran dan oleh itu lebih mampu untuk memahami mengapa orang lain bersikap atau merasa cara yang mereka lakukan. Walaupun kanak-kanak prasekolah yang mula menunjukkan "teori fikiran," kerana kebolehan mereka adalah terhad dalam keupayaan mereka untuk memahami perspektif orang lain; Walau bagaimanapun, ini "pemikiran egosentrik" penurunan sepanjang tahun prasekolah sebagai kebolehan berkomunikasi kanak-kanak mula meningkat.

Kemajuan dalam perkembangan kognitif pada tahun-tahun prasekolah membolehkan kanak-kanak untuk berkomunikasi, bermain dan logik dengan cara yang tidak mungkin dalam bertatih. Dengan perancangan dan pengetahuan perkembangan kognisi pada tahun-tahun prasekolah-hati, guru boleh menggalakkan pertumbuhan kognitif melalui aktiviti-aktiviti harian seperti masa cerita. Meningkatkan pemikiran kanak-kanak boleh menjadi semudah membuka sebuah buku dan menggunakan kaedah dan idea-idea ini walaupun kanak-kanak dari budaya yang berbeza.

5.0          Kesimpulan

Kesimpulannya, Piaget mengemukakan teori tentang perkembangan kognisi  anak yang melibatkan proses-proses penting, iaitu, skema, asimilasi, akomodasi, organisasi dan ketidakseimbangan dan keadaan seimbang (disequilibrium-equilibrium). Proses asimilasi dan akomodasi adalah proses yang sentiasa berlaku dan saling berkait di antara keduanya. Dalam teori perkembangan kognisi terdapat empat tahap penting yang mempengaruhi  perkembangan kognisi. Iaitu tahap sensorimotor, tahap pra operasional, tahap operasional konkrit, dan juga tahap operasional formal.
Tahap-tahap dan perkembangan intelektual manusia mempengaruhi kedewasaan, pengalaman fizikal, pengalaman logik, transmisi sosial dan pengaturan diri. Teori Piaget jelas sangat relevan dalam proses kognisi kanak-kanak. Dengan teori ini, individu dapat mengetahui ada tahap-tahap perkembangan tertentu pada kemampuan berfikir kanak-kanak dan tahap mereka.
Keupayaan perkembangan kognisi kanak-kanak juga boleh dipertingkatkan dengan beberapa cara walaupun mereka berasal daripada budaya yang berlainan. Ini kerana perkembangan kognisi boleh dibentuk pada peringkat awal. Oleh yang demikian bila dikaitkan dengan pembelajaran, tahap perlakuan dan perkembangan kanak-kanak dapat difahami dan dilihat dengan tepat, misalnya kita dapat menggunakan bahan yang sesuai kepada kanak-kanak, sesuai dengan tahap kemampuan berfikir yang dimiliki oleh mereka.




Jumaat, 2 September 2016

Organisasi Perseptual Dalam Psikologi (PERCEPTION AND EMOTION)

1.0          Pengenalan

             Setiap hari yang dilalui setiap individu akan mengalami proses persepsi dan emosi. Ini adalah dengan semua peristiwa yang individu alami disekeliling mereka. Sebagai contoh, individu mengenali makanan kegemaran mereka dengan aroma dan cara ia kelihatan. individu mengenali limau oleh bentuknya bulat, rasa limau, dan warnanya. Individu mengenali lagu dengan mendengar melodi dan suara penyanyi itu. Ia adalah melalui pengalaman-pengalaman deria yang berinteraksi dan mentafsir perkara di dunia sekeliling kita. Menyedari dan mentafsir maklumat deria, seperti bunyi dan bau, semuanya adalah sebahagian persepsi.
               Persepsi boleh ditakrifkan sebagai pengiktirafan dan tafsiran maklumat deria. Persepsi juga termasuk bagaimana seseorang bertindak balas terhadap maklumat. Persepsi sebagai satu proses di mana kita merasa maklumat deria dari persekitaran kita dan menggunakan maklumat tersebut untuk berinteraksi dengan alam sekitar. Persepsi membolehkan kita untuk mengambil maklumat sensori dan menjadikannya sesuatu yang bermakna.
               Persepsi juga ditakrifkan sebagai proses membuat makna daripada deria maklumat. Otak kita adalah organ yang kompleks yang sentiasa menganalisis dan mentafsirkan situasi. Apa-apa maklumat yang kami terima melalui lima deria iaitu penglihatan, bunyi, bau, rasa dan sentuhan akan dihantar ke otak untuk menjadi ditafsirkan. Otak akan mengiktiraf corak yang sepadan dengan pengalaman sebelumnya dan kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk mewujudkan persepsi. (Angela, 2011)
               Sebagai contoh, Setiap huruf abjad itu sendiri surat tunggal. Apabila kita melihat perkataan, kita memikirkan mereka sebagai satu unit tunggal yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang lebih kecil yang dipanggil huruf. Ia adalah melalui organisasi ini surat ke dalam kata-kata yang kita dapat membuat sesuatu yang bermakna. Iaitu, kita menerima sebuah perkataan keseluruhan, dan perkataan ini mempunyai makna tertentu yang boleh didapati di dalam kamus.

           Persepsi juga perlu bagi kita untuk terus hidup dalam alam sekitar kita. Sebagai contoh, sebelum ibu bapa memberi makan bayi mereka gelombang mikro makanan, mereka rasa ia untuk memastikan bahawa suhu tidak terlalu panas. Ini melibatkan menggunakan maklumat deria (sentuh dan rasa) untuk memastikan bahawa makanan yang tidak berbahaya untuk bayi. Sebelum kita menyeberangi jalan yang sibuk, kita bergantung kepada pendengaran dan penglihatan kami untuk memastikan kereta tidak akan datang.

2.0          Organisasi Perseptual

Organisasi Perceptual adalah proses kumpulan elemen visual bersama-sama (organisasi) yang satu lebih mudah boleh menentukan pengertian visual secara keseluruhan (persepsi). Sebagai contoh, skrin utama Microsoft Word, mempunyai butang di sepanjang bahagian yang mewakili arahan atau tindakan, teks di tengah-tengah yang adalah apa yang anda menulis, dan mesej di sepanjang bahagian bawah yang menunjukkan status. Barangan sama dikumpulkan bersama-sama, membuat ia mudah untuk memahami tujuan asas.

Pada awal 1900-an, pakar psikologi Gestalt mula mengkaji secara sistematik beberapa aspek organisasi persepsi. Wertheimer, Kofka dan Kohler, ahli psikologi gestalt di Jerman, telah dikaji secara meluas dan bereksperimen pada fenomena organisasi persepsi. Mereka telah menemui beberapa undang-undang atau prinsip yang berkaitan dengan organisasi persepsi. Gestalt, menganjurkan pelbagai rangsangan alam sekitar ke dalam struktur yang bermakna dan bentuk. Individu tersebut menerima corak rangsangan daripada koleksi rawak rangsangan individu. Dalam erti kata lain, individu yang mengintegrasikan bahagian terputus maklumat deria ke dalam struktur yang bermakna, yang menyebabkan persepsi keseluruhan. Oleh itu, persepsi objek atau peristiwa adalah sesuatu yang lebih daripada jumlah keseluruhan input deria (Psychology, 2016)

The Gestalt laws of perceptual adalah berdasarkan kepada dua kumpulan iaitu, Laws of Grouping, Figure-Ground relationship. Kumpulan atau Grouping merupakan elemen persepsi itu yang sangat penting. Bayangkan jika terpaksa berhadapan dengan setiap elemen persepsi individu dan berfikir tentang setiap huruf secara berasingan apabila membaca. Prinsip ini memudahkan persepsi organisasi ditafsirkan dan diterjemahkan.

Figure-Ground adalah konsep di mana sejenis perkumpulan persepsi yang merupakan satu keperluan penting untuk mengiktiraf objek melalui penglihatan. Dalam Gestalt psikologi ia dikenali sebagai mengenal pasti seorang tokoh dari latar belakang. Sebagai contoh, anda lihat perkataan di atas kertas yang dicetak sebagai "angka" dan lembaran putih sebagai "latar belakang.

Dalam Prinsip kumpulan (Grouping) ini terdapat beberapa konsep kumpulan yang sangat penting. Pertama adalah The Law of Proximity ataupun Undang-Undang Kedudukan yang dekat. Konsep ini merujuk kepada individu cenderung menggabungkan objek yang berdekatan (in proximity) antara satu sama lain. Konsep kedua adalah The Law of Similarity. ini adalah merujuk kepada kecenderungan individu yang menggabungkan objek yang sama. Konsep ketiga adalah The Law of Good Continuation. Ini adalah kecenderungan mentafsir sesuatu dengan melihat garisan yang berterusan walaupun dalam keadaan putus-putus. Konsep keempat adalah The Law of Closure. Konsep ini menjelaskan kecenderungan untuk mengisi jurang atau ruang kecil untuk melihat objek secara menyeluruh. Konsep lima adalah The Law of Common Fate. Konsep ini menjelaskan kecenderungan untuk bersama-sama kumpulan objek yang kelihatan bergerak dalam arah yang sama.

3.0        Perbezaan Proses Organisasi Perseptual Asas Dan Perseptual Tinggi

Manusia menerima maklumat dengan rasa atau sense pada organ, termasuk telinga mereka, hidung, dan mata. Organ-organ ini adalah sebahagian daripada sistem deria yang lebih besar yang menerima maklumat dan menghantar maklumat ke otak manusia. Dalam persepsi visual, psikologi cuba untuk memikirkan bagaimana maklumat yang dihantar dari organ deria mewujudkan asas persepsi. Dalam erti kata lain, mereka cuba untuk menjelaskan mengapa, sebagai contoh, anda melihat kerusi apabila lampu hits mata anda dan mengapa, apabila gelombang bunyi datang kepada anda, anda melihat bahawa bunyi dengan cara tertentu. Psikologi masih tidak bersetuju pada sejauh mana persepsi bergantung pada maklumat yang terdapat rangsangan. (KleinMan, 2014)

Terdapat dua teori utama untuk menjelaskan bagaimana memproses maklumat. Pertama Basic processes of perceptual organisation dan kedua adalah Higher processes of perceptual organisation (top-down processing). Kedua-duanya mempunyai penyokong setia dalam masyarakat psikologi. Perbezaan antara  Proses asas organisasi perseptual dan proses tinggi organisasi perseptual adalah bagaimana proses itu bermula. Proses asas akan bermula dengan rangsangan data (data driven). Manakala proses tinggi organisasi perseptual adalah dengan rangsangan konsep (conceptually driven). Proses model bawah ke atas bottom-up processing adalah apabila apabila tafsiran yang muncul dari deria maklumat dan kerja-kerja secara beransur-ansur ke arah otak. manakala model top-down processing adalah apabila tafsiran yang muncul dari konteks,jangkaan dan pengetahuan terlebih dahulu. (Angela, 2011)

Basic processes of perceptual organisation turut dikenali sebagai bottom-up processing. Pengalaman persepsi kami bermula dengan sel-sel reseptor dan kerja-kerja secara progresif ke arah otak. Proses bermula dengan data deria dan bekerja terhadap persepsi yang lebih kompleks yang disebut sebagai model bawah ke atas bottom-up processing. Walau bagaimanapun, model bawah ke atas gagal untuk menjelaskan mengapa kita dapat mengenali keseluruhan yang perkataan yang lebih baik daripada kita mengenali huruf individu. Ini kerana kadang-kadang kita menggunakan pendekatan atas ke bawah di mana seluruh objek yang diiktiraf sebelum asas bahagian-bahagian yang dikenal pasti.

Dalam proses asas ini, terdapat dua idea yang perlu dititikberatkan iaitu Attentional processes atau proses penumpuan. Kedua adalah Prinsip organisasi perseptual Gestalt. Prinsip perseptual Gestalt telah dibincangkan di atas.

Attentional processes atau proses penumpuan menumpukan kepada apakah faktor yang menentukan fokus dalam perhatian individu. Terdapat dua mekanisme dalam penentuan ini iaitu Goal-directed selection yang bermaksud individu telah menetapkan sesuatu matlamat dan kemudian matlamat itu akan membuatkan pemerhatian lebih fokus. Kedua adalah Stimulus-driven capture yang berlaku apabila objek secara automatik menangkap perhatian tanpa kehadiran matlamat tertentu dalam fikiran. Ini berlaku apabila terdapat rangsangan walaupun pada awalnya individu tidak mempunyai apa-apa matlamat yang jelas.

Pada asasnya, matlamat peribadi dan sifat-sifat tertentu objek menentukan fokus perhatian. Kajian menunjukkan bahawa penangkapan rangsangan yang didorong bukannya matlamat yang diarahkan sering menang perhatian kita, sekurang-kurangnya di bawah keadaan tertentu. (Angela, 2011)

High processes of perceptual organisation turut dikenali sebagai top-down processing.  Ini berlaku apabila dalam banyak situasi, konteks, jangkaan dan pengetahuan juga boleh memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi persepsi. Ini dipanggil top-down processing. dipanggil top-down processing berlaku apabila konsep disimpan dalam ingatan anda menentukan bagaimana individu mentafsir maklumat deria yang masuk.  Apabila individu mengenal pasti objek,  ia mesti sepadan dengan apa yang anda lihat kepada pengetahuan yang disimpan dalam usaha untuk anda untuk mengenalinya dan melampirkan makna kepada apa yang di sangka.Pengenalan dan pengiktirafan adalah bahagian yang perlu pemprosesan atas ke bawah. (Angela, 2011)

Pada 1970, pakar psikologi Richard Gregory menyatakan bahawa persepsi adalah sesuatu yang konstruktif. Apabila seseorang melihat sesuatu yang mereka mula persepsi hipotesis mengenainya berdasarkan pemerhatian. Hipotesis ini adalah untuk bahagian atau rangsangan yang paling selalu betul dan tepat. Top-down processing adalah berasaskan kepada pattern recognition atau corak semula dan menggunakan informasi kontekstual. Contohnya apabila membaca tulisan individu yang tidak kemas dan buruk, individu akan mengalami kesukaran untuk faham setiap patah perkataan, namun ia boleh difahami dengan melihat keseluruhan ayat. Ini kerana maksud kepada perkataan tersebut akan membantu individu untuk memahami apa konteks yang diberikan. Jangkaan dan konteks merupakan aspek-aspek pemprosesan atas ke bawah yang boleh mempengaruhi persepsi individu. Ini kerana jangkaan dan konteks merupakan medium pentina dalam menyediakan sumber maklumat kepada individu.

Dianggarkan kira-kira 90 peratus daripada maklumat yang sampai mata hilang pada masa ia sampai ke otak. Otak kemudian menggunakan pengalaman lepas untuk membina persepsi realiti. Persepsi melibatkan darjah besar ujian hipotesis, supaya maklumat yang disampaikan oleh organ rasa yang sama boleh menjadi logik. Sebagai reseptor deria mendapatkan maklumat daripada persekitaran itu, maklumat kemudiannya digabungkan dengan maklumat terdahulu yang telah  disimpan daripada pengalaman lepas.

Kiub necker digunakan untuk mewajarkan dan menyokong hipotesis Top-down processing dengan menunjukkan bahawa hipotesis yang tidak betul akan menyebabkan kesilapan persepsi seperti ilusi visual. Apabila melihat kepada garisan , individu akan melihat bahawa orientasi yang seolah-olah boleh dipusingkan. Corak fizikal tunggal ini adalah tidak stabil dan benar-benar mewujudkan dua persepsi. Top-down processing menjelaskan bahawa kenapa ia dilihat sebagai dua persepsi kerana otak telah membina dua hipotesis yang munasabah berdasarkan input deria dan pengalaman sebelum ini.

4.0     Organisasi Perseptual  Dalam Meningkatkan Pembelajaran Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Sekolah

Organisasi perseptual boleh di aplikasikan dalam meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah dengan menggunakan beberapa teknik dan konsep. Jika dilihat dari teori Gestalt, terdapat tiga perkara penting iaitu yang digunakan adalah hukum kesederhanaan  ( law of simplicity): penghayatan yang berkaitan dengan penafsiran stimulasi yang mudah dan yang mungkin. Diantara fenomena organisasi persepsi terdapat kesan gambar dan latar (figure and groun effects) serta pengelompokam persepsi (perceptual grouping).

Perkara pertama yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan konsep gambar dan latar (figure and groun effects).  Corak geometrik selalu dihayati sebagai gambar terhadap suatu latar belakang dan nampak dan mempunyai 'conrours' (garis bentuk / luar) dan boundaries (batas) seperti halnya setiap objek. Rangsangan yang dianjurkan kedalam gambar dan latar merupakan dasr pemetaan rangsangan. Corak hitam dan putih serta reka bentuk kertas dinding dihayati sebagai hubungan gambar-latar.Individu dapat menghayati hubungan gambar-latar melalui deria selain dari penglihatan, misalnya individu boleh mendengar suara burung terhadap karubutan suara motor. Beberapa faktor yang menentukan apa yang dihayati sebagai gambar terhadap latar dibahas dalam pembahasan perhatian selektif (selective attention). Oleh yang demikian teknik ini digunakan sebagai “ flash card” kepada pelajar ketika memghafal atau mempelajari perkataan baru dalam bahasa inggeris.

Kedua dengan menggunakan konsep pengelompokam persepsi (perceptual grouping). Modifikasi kecil di antara garis-garis di bahagian bawah gambar menyebabkan pelajar dapat melihat perkara tersebut. Kecenderunagn untuk menyusun apa yang dilihat sangat penting. Apa yang dilihat pelajar dari setiap gambar menjadi pola rangsangan. Sifat keseluruhan menjejaskan cara di mana setiap bahagian dihayati. Hal ini mengambarkan idea psikologi Gesalt bahawa keseluruhan itu lain daripada jumlah masing-masing. Oleh yang demikian dengan menggunakan cara pengelompokam persepsi (perceptual grouping) ini pelajar akan lebih cepat memahami dan mengingati pembelajaran Bahasa Inggeris. 

Ketiga adalah dengan menggunakan ilusi persepsi. Ilusi adalah penghayatan yang salah sehingga keadaanya berbeza dengan keadaan yang digambarkan oleh ilmu pengetahuan dengan bantuan instrumen pengukurannya. Ilusi seperti patahnya batang yang kita lihat di dalm air atau bayangan ynag menyimpamg pada kaca ”fun-house” dapat dihayati secara fizikal. Semua bayangan ini disebabkan adanya penyimpangan stimulus sampai pada reseptor. Ilusi Geomotrik pula merupakan kelompok besar ilusi yang telah mendapatkan sangat banyak perhatian. Ilusi ini merupakan pengambaran garis-garis yang aspeknya berubah menurut persepsi. Contohnya adalah gambar di bawah. Sekiranya teknik ini diaplikasikan kepada pelajar, ia akan menjana dan merangsang pelajar untuk mengingati dua perkataan pada imej yang sama. Ini akan mempercepatkan proses pembelajaran mereka. 

Selain daripada tiga teknik di atas, terdapat juga teknik yang boleh diguna pakai dalam meningkatkan proses pembelajaran pelajar. Pertama, perhatian iaitu apa yang pelajar hayati tidak hanya bergantung pada rangsangan tetapi juga pada proses kognitif yang refleksi kepada minat, tujuan, dan harapan keinginan pelajar pada ketika itu., pemusatan persepsi ini disebut perhatian. Kedua adalah Perhatian selektif. Walaupun tidak mamperhatikan stimuli tertentu secara aktif, rangsangan tersebut tetap berdaftar walaupun hanya sekejap dalam persepsi pelajar, walaupun pada awalnya mungkin pelajar tidak pernah mempunyai ingatan tersebut. Ketiga adalah penggunaan pemilihan rangsangan. Sistem saraf mempunyai mempunyai  tempat dimana maklumat deria yang masuk disimpan semantara dalam bentuk yang agak sukar dan teranalisis. Faktor yang menentukan stimulasi mana yang akan terpilih sebagai perhatian adalah beberapa ciri fizikal rangsangan yang penting iaitu; intensiti, saiz, kontras, dan gerakan. Pembolehubah dalaman tertentu seperti, motif, harapan dan minat juga menentukan rangsangan yang menarik perhatian. Oleh yang demikian perhatian selektif ini sangat bermanfaaat dalam membantu pelajar.

Seterusnya adalah dengan menggunakan hubungan fisiologi perhatian. Reaksi fisiologi yang berlaku sebagai tindak balas kepada perubahan stimulasi sekitarnya membentuk suatu pola yang juga disebut refleks berorientasikan yang terjadi pada individu sebagai respon pada setiap perubahan yang paling kecil.
Penggunaan aplikasi dan teori persepsi organisasi adalah bergantung kepada keperluan pelajar-pelajar dengan melihat kesesuaiannya. Selepas persepsi tertentu dipilih, ia boleh dianjurkan berbeza. Namun secara ringkasnya Faktor-faktor berikut yang menentukan organisasi persepsi:
Ø  Figure-ground - Setelah dilihat, objek menonjol terhadap latar belakang mereka. Ini boleh bermakna, misalnya, bahawa persepsi sesuatu yang baru boleh menonjol terhadap latar belakang segala-galanya dari jenis yang sama yang sudah lama.
Ø  Perceptual grouping - Perceptual grouping adalah apabila persepsi dibawa bersama-sama ke dalam corak.
Ø  Closure atau Penutupan - Ini adalah kecenderungan untuk cuba untuk mencipta keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang dirasakan. Kadang-kadang ini boleh menyebabkan ralat, walaupun, apabila merasa itu mengisi maklumat tidak terlihat atau abstrak untuk melengkapkan keseluruhan.
Ø   Proximity  atau Berdekatan - Persepsi yang secara fizikal rapat antara satu sama lain adalah lebih mudah untuk menyusun ke dalam corak atau keseluruhan.
Ø  Similarity atau Persamaan - Persamaan antara persepsi menggalakkan kecenderungan untuk mengumpulkan mereka bersama-sama.
Ø  Perceptual Constancy - Ini bermakna bahawa jika objek dilihat sentiasa menjadi atau bertindak dengan cara yang tertentu, individu akan cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa ia sebenarnya adalah sentiasa cara itu.
Ø  Konteks Persepsi - Orang ramai akan cenderung untuk menganjurkan persepsi berhubung dengan persepsi lain yang berkaitan, dan mewujudkan konteks yang keluar dari mereka.Setiap satu daripada faktor-faktor ini mempengaruhi bagaimana orang yang menganggap persekitaran mereka, jadi jawapan kepada persekitaran mereka boleh difahami dengan mengambil proses persepsi.

5.0          Kesimpulan

Kesimpulannya, organisasi persepsi menawarkan satu rangka kerja yang unik untuk pemprosesan data deria. Organisasi perseptual mengeksploitasi hakikat bahawa dunia adalah berstruktur dan dianjurkan, oleh itu segala data deria yang berkaitan dengan ia sepatutnya mencerminkan struktur itu dan organisasi.
Proses persepsi itu adalah urutan langkah-langkah psikologi yang digunakan oleh seseorang untuk menyusun dan mentafsir maklumat daripada dunia luar. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah; Objek yang hadir di dunia. Seseorang yang memerhati. Orang yang menggunakan persepsi untuk memilih objek. Orang yang menganjurkan persepsi objek. Orang yang menafsirkan persepsi. Orang yang bertindak balas.
Konsep dan undang-undang yang dinyatakan dalam teori Gestalt juga merupakan tunjang utama dalam organisasi perceptual. Dengan memahami konsep-konsep berikut, maka ia adalah sangat mudah untuk mengaplikasikan kepada  kehidupan seharian.
            


Bibliografi

Bradley, P.(2008). New Approach to represent theorist of color. Philosopical Psychology, 601.
Angela, A. (2011). Perception and emotion. Selangor: OUM.
KleinMan, P. (2014). Psychology Basics. Selangor: AQ Publication.
Psychology, C. (2016). Cognitive Psychology. Selangor: Oum.