hari ni kite share pasal 3 perkara penting ni..sgt penting dalam hidup kite..tp ramai org tak tau n tak perasan,
kebanyakan kite asyk pk..klu pandai, bijak, UPSR 5A, PMR 8A, SPM sume A+, smpai la msuk U..sume dean list...tu dah cukup utk jadikan kite berjaya! Berjaya dari sudut akedemik mungkin! tp dari sudut kehidupan?! So check it out, ape die 3 benda nih.
Kepintaran Intelektual (Intellectual Intelligence) secara umumnya adalah kemampuan kita
untuk mengolah dan mengunakan kognitif atau pemikiran. Kepintaran ini banyak
mendominasi bahagian otak kiri manusia. Jadi
bagaimana dengan otak sebelah kanan?
Kepintaran Emosi ( Emotional Intelligent)
Menurut Salovey dan Mayer(1990) ialah
sejenis kecerdasan social berkaitan dengan keupayaan mengawal emosi sendiri dan
orang lain. Membezakan emosi negative dan positif dan menggunakan keupayaan ini
untuk memandu seseorang itu berfikir dan bertindak.
Kepintaran Spiritual (Spiritual Intelligent)
Secara mudahnya dapat diertikan
bagaimana seseorang individu itu dapat mengamalkan nilai-nilai murni yang
sememangnya terdapat dalam diri manusia secara fitrahnya sejak manusia itu
dilahirkan dan dicipta. Ini kerana spiritual ini bersifat rohani,dan merupakan
fitrah bagi setiap manusia. Agama pula lebih menjurus kepada pegangan bagi
setiap manusia itu. Individu yang mempunyai Spiritual Intelligence yang tinggi
akan dapat memberi makna dan nilai dalam kehidupannya. Spiritual
Intelligent ini juga merupakan asas dan pelengkap kepada keberkesanan Intellectual
Intelligent, dan Emotional
Intelligent.
Secara ringkasnya 3 elemen penting yg perlu ada dalam diri kita. |
Holistic Person ialah individu yang dapat melihat sesuatu perkara yang bersifat saling
berkaitan antara satu sama lain sebagai suatu sistem yang bersepadu dan yang menyeluruh,
bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Ini bermakna Holistic
Person mampu melihat secara menyeluruh yang merangkumi keseimbangan
dari segi intelek, spiritual atau rohani dan emosi.
ok la stakat ni dlu..t smbg lg...moga manfaat.