Assalamualaikum and happy day semua..
ok hari ni adid nak share artikel adid pasal meningkatkan motivasi kerja..
Normal la kan bile kita ni keje..kadang ada masa sangat2 bermotivasi..kadang pula rasa down macam nak berhenti keje..tapi apa pun seperti ape yang adid selalu ulang..kita tak boleh mengubah keadaan ikut apa yang kita nak..kita yang perlu berubah dan sesuaikan diri dengan keadaan tu..kalau dah tak boleh sangat..keluarlah dari keadaan tu..hijrah..yang nak seksa diri sangat buat apa kan..ok taknak ceramah panjang kat sini..jom baca..
---------------------------------------------------------------------------------------------
MENINGKATKAN MOTIVASI BEKERJA
Gunakan
Teknik KASH bagi meningkatkan motivasi bekerja dari dalam diri Anda! KASH ini
bukan membawa maksud tunai sebaliknya ia mewakili Knowledge, Attitute, Skill, dan
Habit.
Pertama, Knowledge iaitu pengetahuan.
Tingkatkan pengetahuan kita dalam bidang kerja atau cara kerja yang sedang kita
lakukan. Selain daripada itu dapatkan pengalaman yang dapat membantu kita dalam
pelaksanaan kerja yang lebih cekap dan efisien.
Kedua, Attitute iaitu sikap. Latih diri
kita untuk berfikir, bertindak dan bercakap perkara-perkara yang positif. Ia
secara tidak langsung akan membantu pembentukan sikap yang positif. Ini kerana
apabila kita asyil memikirkan dan bercakap perkara yang negatif ia meghasilkan
sikap negatif.
Ketiga, Skill iaitu kemahiran. Tingkatkan
keupayaan diri kita supaya ia menjadi “value added” kepada diri kita. Contohnya
kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan kemarahan, kemahiran meguruskan masa
dan lain-lain yang bersesuaian.
Keempat, Habit iaitu tabiat. Tabiat adalah kebiasaan-kebiasaan
sikap kita. Apabila ketiga teknik diatas
diaplikasikan maka lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan pada diri kita. Ia
anak menjadi seperti suiz yang hanya perlu dipetik apabila kita inginkan tenaganya.
Apabila
keempat-empat teknik ini diamalkan maka ia akan menjadi pencetus dari dalam
diri kita sendri untuk memotivasikan diri. Ini kerana kita tidak dapat mengubah
keadaan bagi mencetuskan motivasi kepada kita, tetapi sebaliknya kita yang
perlu menyesuaikan diri mengikut keadaan. Kerana itu lah kita perlu membina
kekuatan motivasi dalaman kita.
Selamat
mencuba.