Terdapat
pelbagai teori yang berkaitan dengan remaja. Antara teori yang penting adalah
dalam teori perkembangan. Dalam teori perkembangan terdapat lima cabang utama
iaitu teori pembelajaran, teori
perkembangan kognitif, teori psikoanalisis dan psikodinamik, teori sistem
ekologi dan teori life-span.
Pertama, Teori Pembelajaran ia terbahagi
kepada dua iaitu Teori Tingkah Laku dan juga Teori Pembelajaran
Sosial. Teori tingkah laku mempunyai dua konsep iaitu Teori Pelaziman
Klasik Yang dibawa oleh Ivan Pavlov. Semua peristiwa yang menjadi rangsangan
kepada akan menjadikan tindak balas berlaku secara lazim mahu pun tidak. Jika
dilihat dari sudut pembelajaran remaja, mereka akan belajar melalui apa yang
mereka lihat dan apa yang mereka alami dan seterusnya menjadi peneguhan dalam
diri mereka. Tingkah laku yang ditiru yang dikeluarkan apabila berlaku
rangsangan yang sama dengan peristiwa sebelumnya dan menghasilkan tingkah laku.
Seterusnya adalah teori Pelaziman Operan yang dibawa oleh Thondike. Teori ini
menekan aspek peneguhan positif dan negatif, hukuman, dan kekecewaan. Dalam
filem Kindness of Weakness, watak James dilihat
jelas mengalami proses pelaziman operan di mana beliau kerap menerima peneguhan
negatif dan menerima hukuman. Beliau sering menjadi mangsa ibu dan juga teman
lelaki ibunya.
Teori kedua dalam
pembelajaran adalah Teori Pembelajaran Sosial. Teori ini diperkenalkan oleh
Albert Bandura juga dikenali sebagai Teori Pemerhatian Pembelajaran. Menurut
teori ini, individu belajar melalui persekitaran mereka, kemudian mereka akan
meniru pemerhatian tersebut mengikut keselesaan individu tersebut. Walau
bagaimanapun menurut Bandura, proses pembelajaran melalui teori ini memerlukan
beberapa keperluan yang perlu dipenuhi iaitu :-
Ø Perhatian – Untuk
belajar memberi perhatian adalah sangat penting. Ini kerana kurang perhatian
akan memberi kesan yang negatif kepada pembelajaran melalui pemerhatian.
Ø Pengekalan – Individu
mesti boleh untuk menyimpan segala informasi, yang kemudiannya boleh
menggunakannya semula.
Ø Reproduksi – Setelah
memberi perhatian dan pengekalan, tingkah laku perlu dihasilkan.
Ø Motivasi – Individu
perlu mempunyai motivasi untuk menghasilkan tingkah laku daripada pemerhatian
mereka.
Kedua,
teori
perkembangan kognitif. dalam teori ini
terdapat tiga pecahan utama teori iaitu i) Teori Perkembangan Kognitif Piaget.
Teori ini menekankan aspek adaptasi melalui dua proses utama iaitu asimilasi
dan akomodasi. Asimilasi adalah proses
menambahkan informasi baru ke dalam skema yang sudah ada. Proses ini bersifat
subjektif, karena seseorang akan cenderung memodifikasi pengalaman atau
informasi yang diperolehnya supaya masuk ke dalam skema yang sudah ada sebelumnya. Akomodasi secara
ringkasnya bermaksud perubahan atau mengubah skema sedia ada untuk mengambil
informasi yang baru. ii) Teori Sosiobudaya
Vysotsky. Dalam teori ini terdapat empat konsep iaitu Zon perkembangan proksimal, Bantuan perancah (scaffolding). Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan
berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal, Perkembangan bahasa dan Pendekatan
sosio-budaya. iii) Teori Pemprosesan
Maklumat. teori pemprosesan maklumat menganggap
ingatan manusia sama seperti komputer. Seseorang dilihat sebagai pemproses
maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model
input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada
persekitaran pembelajaran.
Ketiga adalah, Teori Psikoanalisis dan Psikodinamik. Dua teori penting yang menjelaskan perkembangan
manusia adalah Teori Pembangunan Psikososial Erickson dan Teori Psikoseksual Freud. Kedua-dua teori ini
menekankan bagaimana manusia menyelesaikan dan melalui setiap konflik pada
setiap tahap.
Keempat adalah Teori Sistem Ekologi. Terdapat lima sistem lingkungan yang
merentang dari interaksi
interpersonal sampai ke pengaruh budaya yang lebih
luas. Bronfenbrenner menyebut sistem-sistem itu
sebagai mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem, dan kronosistem.
Kelima adalah Teori life-span. Perkembangan Masa Hidup (life span).
Pendekatan ini menekankan bahawa perubahan perkembangan terjadi selama masa
kanak-kanak hingga dewasa. Perspektif masa hidup menekankan pada 7 kandungan
dasar : perkembangan adalah seumur hidup, multidimensional, multidireksional,
plastis, melekat secara kesejarahan, multidisiplin dan kontekstual.