Sakit adalah
satu pengalaman yang sangat subjektif. Hanya orang yang merasakan sakit yang
boleh menggambarkan dengan betul sesuatu kesakitan itu. Ia agak sukar difahami
dengan baik oleh individu kerana ia adalah kompleks dan tidak boleh diukur
secara langsung. Sebagai contoh dua orang boleh menjalani pengalaman yang tidak
menyenangkan seperti demam selsema yang sama tetapi masing-masing akan
mempunyai penerangan yang berbeza kesakitan. Ini menjadikan ia sukar untuk
menentukan dan merawat. Terdapat ramai pakar yang menkaji tetang kesakitan dan
definisinya.
Terdapat dua cara mentakrifkan
kesakitan iaitu persepsi subjektif dan objektif pemerhatian. Terdapat juga
perbezaan diantara sakit dan penyakit. Menurut Eisenberg 1997 (Razali, 2012) Penyakit adalah pengalaman yang ketidakselanjaran dalam menerima dan bagaimana
prestasi itu dilihat. Penyakit dalam perubatan sains moden adalah
ketidaknormalan dalam fungsi atau struktur badan dan juga sistem. Sakit
pula adalah apa yang pesakit rasakan dan kemudian cuba untuk mendapatkan
rawatan.
Menurut suatu jawatankuasa
kesihatan di Amerika Syarikat, mendefinisi kesakitan sebagai suatu pengalaman
deria dan emosi yang tidak dikaitkan dengan tisu sebenar atau berpotensi rosak,
atau digambarkan dari segi kerosakan tersebut. Sakit juga dikatakan sentiasa
bersifat subjektif. Oleh itu setiap individu belajar mentafsir kesakitan dengan
perkataan melalui pengalaman yang berkaitan dengan kecederaan dalam kehidupan. Setiap
manusia juga akan mewujudkan pemikiran bahawa persepsi kesakitan berkembang
dari masa ke masa sebagai pengalaman yang dipelajari.
Seorang Pakar Psikologi Amerika
mengkaji kesakitan dari sudut definisi psikologi, dan menyatakan kesakitan adalah
subjektif yang melalui pengalaman deria dan emosi dan memerlukan kesedaran
minda untuk membenarkan pengiktirafan rangsangan sebagai perkara yang tidak menyenangkan.
Oleh itu persepsi terhadap kesakitan itu adalah berbeza beza. Takrif sains asas
kesakitan dibentuk oleh pemerhatian objektif: "Sakit adalah mekanisme
perlindungan untuk badan. Ia berlaku bila-bila masa pada mana-mana tisu yang
rosak, dan ia
menyebabkan individu bertindak balas untuk mengeluarkan rangsangan terhadap
kesakitan. (Kazak)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan