~Learning Have No Quota~ Keep Learning As Long As U Can~ Stay Humble + Positive ~ respect others~ Always Sharing~ Be Honest And Be Thankful ~AdidRashid~

Selasa, 3 Mac 2015

Motivasi vs Inspirasi

Assalamualaikum n happy day..

Hari ni kita cerita pasal MOTIVASI & INSPIRASI.

Ada yang anggap Motivasi dan Inspirasi ni sama..dan nampaknya di negara kita perkataan
MOTIVASI lebih popular sbb mendapat publisiti yang luas..
contohnya kita sangat2 biasa dengar Kem Motivasi, Seminar Motivasi, Pakar Motivasi
dan banyakkk lagi..
Inspirasi pulak sangat2 jarang kita dengar..kerana publisiti dia kurang..
hahaha mcm citer pasal artis pulak kan..

Oleh kerana malas nak menaip semula..adid tepek gambar slide yang adid buat
masa beri talk..nak slide penuh..email la ye..





Ramai dari kita yang kadang2 menjadi " Motivation Addict".. maksudnya ketagih motivasi..
Contohnya, bila pi seminar motivasi..haa berkobar2 semangat..tapi bila dan balik umah..mula2 je panas berapi punya semangat..lama-lama suam..dan akhirnya beku macam tu je.. orang yang macam ni dapat motivasi baru ada motivasi..sangat bahaya kerana kebergantungan menjadi tinggi. Citer bab motivasi ni panjang..ada motivasi dalaman ada luaran..next post InsyaAllah adid share.

Jadi ape kata kita dapatkan inspirasi..kerana inspirasi ni dari dalam diri kita membawa keluar..Kita kena ingat apa pun perlu datang dari diri kita..ia lebih bertahan lama kerana berada dalam kawalan kita..dan sentiasa juga ingat KITA TAK BOLEH UBAH KEADAAN/ SITUASI/ DAN ORANG LAIN..JADI KITA YANG PERLU BERUBAH..KALAU KITA RASA TAK BOLEH SANGAT DAH..SO KITA KELUAR JE DARI KEADAAN YANG TAK MENYENANGKAN TU..Hehehe kan.. jangan seksa diri..

P/s : ini hanya perkongsian ye kawan2..mana yang baik amibil..jika tak abaikan :-)