~Learning Have No Quota~ Keep Learning As Long As U Can~ Stay Humble + Positive ~ respect others~ Always Sharing~ Be Honest And Be Thankful ~AdidRashid~

Jumaat, 2 Disember 2016

Teori- teori berkaitan remaja - Psikologi Remaja

Terdapat pelbagai teori yang berkaitan dengan remaja. Antara teori yang penting adalah dalam teori perkembangan. Dalam teori perkembangan terdapat lima cabang utama iaitu teori pembelajaran, teori perkembangan kognitif, teori psikoanalisis dan psikodinamik, teori sistem ekologi dan teori life-span.

Pertama, Teori Pembelajaran ia terbahagi kepada dua iaitu Teori Tingkah Laku dan juga Teori Pembelajaran Sosial. Teori tingkah laku mempunyai dua konsep iaitu Teori Pelaziman Klasik Yang dibawa oleh Ivan Pavlov. Semua peristiwa yang menjadi rangsangan kepada akan menjadikan tindak balas berlaku secara lazim mahu pun tidak. Jika dilihat dari sudut pembelajaran remaja, mereka akan belajar melalui apa yang mereka lihat dan apa yang mereka alami dan seterusnya menjadi peneguhan dalam diri mereka. Tingkah laku yang ditiru yang dikeluarkan apabila berlaku rangsangan yang sama dengan peristiwa sebelumnya dan menghasilkan tingkah laku. Seterusnya adalah teori Pelaziman Operan yang dibawa oleh Thondike. Teori ini menekan aspek peneguhan positif dan negatif, hukuman, dan kekecewaan. Dalam filem Kindness of Weakness, watak James dilihat jelas mengalami proses pelaziman operan di mana beliau kerap menerima peneguhan negatif dan menerima hukuman. Beliau sering menjadi mangsa ibu dan juga teman lelaki ibunya.

Teori kedua dalam pembelajaran adalah Teori Pembelajaran Sosial. Teori ini diperkenalkan oleh Albert Bandura juga dikenali sebagai Teori Pemerhatian Pembelajaran. Menurut teori ini, individu belajar melalui persekitaran mereka, kemudian mereka akan meniru pemerhatian tersebut mengikut keselesaan individu tersebut. Walau bagaimanapun menurut Bandura, proses pembelajaran melalui teori ini memerlukan beberapa keperluan yang perlu dipenuhi iaitu :-
Ø  Perhatian – Untuk belajar memberi perhatian adalah sangat penting. Ini kerana kurang perhatian akan memberi kesan yang negatif kepada pembelajaran melalui pemerhatian.
Ø  Pengekalan – Individu mesti boleh untuk menyimpan segala informasi, yang kemudiannya boleh menggunakannya semula.
Ø  Reproduksi – Setelah memberi perhatian dan pengekalan, tingkah laku perlu dihasilkan.
Ø  Motivasi – Individu perlu mempunyai motivasi untuk menghasilkan tingkah laku daripada pemerhatian mereka.

Kedua, teori perkembangan kognitif. dalam teori ini terdapat tiga pecahan utama teori iaitu i) Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Teori ini menekankan aspek adaptasi melalui dua proses utama iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi adalah proses menambahkan informasi baru ke dalam skema yang sudah ada. Proses ini bersifat subjektif, karena seseorang akan cenderung memodifikasi pengalaman atau informasi yang diperolehnya supaya masuk ke dalam skema yang sudah ada sebelumnya. Akomodasi secara ringkasnya bermaksud perubahan atau mengubah skema sedia ada untuk mengambil informasi yang baru. ii) Teori Sosiobudaya Vysotsky. Dalam teori ini terdapat empat konsep iaitu Zon perkembangan proksimal, Bantuan perancah (scaffolding). Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal, Perkembangan bahasa dan Pendekatan sosio-budaya. iii) Teori Pemprosesan Maklumat. teori pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seseorang dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran.

Ketiga adalah, Teori Psikoanalisis dan Psikodinamik. Dua teori penting yang menjelaskan perkembangan manusia adalah Teori Pembangunan Psikososial Erickson dan  Teori Psikoseksual Freud. Kedua-dua teori ini menekankan bagaimana manusia menyelesaikan dan melalui setiap konflik pada setiap tahap.

Keempat adalah Teori Sistem Ekologi. Terdapat lima sistem lingkungan yang merentang dari interaksi interpersonal sampai ke pengaruh budaya yang lebih luas. Bronfenbrenner menyebut sistem-sistem itu sebagai mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem, dan kronosistem.

Kelima adalah Teori life-span. Perkembangan Masa Hidup (life span). Pendekatan ini menekankan bahawa perubahan perkembangan terjadi selama masa kanak-kanak hingga dewasa. Perspektif masa hidup menekankan pada 7 kandungan dasar : perkembangan adalah seumur hidup, multidimensional, multidireksional, plastis, melekat secara kesejarahan, multidisiplin dan kontekstual.


Tiada ulasan: