~Learning Have No Quota~ Keep Learning As Long As U Can~ Stay Humble + Positive ~ respect others~ Always Sharing~ Be Honest And Be Thankful ~AdidRashid~

Sabtu, 3 September 2016

Asimilasi dan akomodasi- CROSS-CULTURAL PSYCHOLOGY

1.0          Pengenalan


Terdapat ramai tokoh dan pelbagai teori berkenaan silang budaya dan perkembangan kanak-kanak. Antara tokoh yang terkenal adalah Jean Piaget. Jean Piaget lahir pada 9 ogos 1896 di Neuhatel, Switzerland. Sedikit tentang latar belakang beliau dan bagaimana beliau mula mengkaji perkembangan kanak-kanak; Bapa beliau merupakan seorang professor dan ibu beliau juga seorang yang bijak. Ketika zaman kanak-kanak beliau sangat tertarik kepada alam. Beliau mula menulis karangan berkaitan alam pada seawal 10 tahun. Perkembangan pemikiran Piaget banyak dipengaruhi oleh Samuel Cournut. Cournut menarik Piaget untuk mempelajari ilmu falsafah untuk meluaskan lagi pengetahuan beliau. (Inda, 2008)
Piaget mengalihkan fokus beliau kepada perkembangan intelektual ketika beliau berada di University of Zurich. Beliau mula berminat dengan psikoanalisis. Beliau kemudian  bekerja di Institusi kanak-kanak lelaki yang ditubuhkan oleh Alfred Binet. Disini beliau mula mempelajari dan mendalami perkembangan kanak-kanak dengan menghabiskan masa yang lama untuk mengamati tingkahlaku kanak-kanak. Ia memberi perhatian kepada bagaimana kanak-kanak belajar, bercakap, berfikir dan bertingkahlaku yang akhirnya membentuk nilai moral kanak-kanak tersebut.
Beliau berkahwin dengan Valentine Chateny dan mempunyai tiga orang anak. Piaget dan Isteri mula melihat perkembangan anak mereka sendiri yang lahir pada tahun 1925, 1927, dan 1931. Pemerhatian ini melihat tahap perkembanagn kognitif kanak-kanak. Hasil dari pemerhatian mereka, ditulis dalam buku the origins of intelligence in children dan constuction of the reality in the child. (Inda, 2008).
Dengan lebih 60 buah buku, dan beratus artikel serta jurnal yang diterbitkan, Piaget bukan sahaja memberi sumbangan dalam bidag psikologi, tetapi juga dalam bidang pendidikan, sosiologi, ekonomi, perundangan dan beberapa bidang lain. Beliau meninggal pada 16 september 1980.
Dalam teori perkembangan kognitif piaget, perkembangan kognitif terbahagi kepada tiga kompenen. Pertama adalah Skema, kedua adalah adaptasi, dan ketiga adalah tahap-tahap perkembangan.
   

2.0          Asimilasi Dan Akomodasi

Menurut Piaget, kanak-kanak dilahirkan dengan skema sensorimotor yang menjadi asas bagi interaksi awal kanak-kanak. Pengalaman awal ini akan ditentukan oleh sensorimotor. Ini juga membawa maksud bahawa hanya peristiwa dan kejadian yang dapat diasimilasikan ke skema itulah yang akan dapat memberi tindak balas dan tindak balas kepada kanak-kanak. dan ia menjadi batasan dan penanda aras kepada pengalaman kanak-kanak. Namun menurut beliau melalui pengalaman yang ada skema awal ini dimodifikasi. Setiap pengalaman yang hadir mengandungi elemen yang unik dan yang perlu di akomodasi  oleh struktur kognitif kanak-kanak. Melalui interaksi, struktur kognitif akan berubah dan memungkinkan perkembangan pengalaman berlaku secara berterusan.
Dalam teori yang diusulkan oleh Piaget berkaitan dengan perkembangan intelektual adalah berdasarkan 3 fungsi dan komponen. Pertama adalah fungsi organisma. Fungsi organisma adalah untuk mengatur secara sistematik proses fizik dan psikologi  yang teratur dan berstruktur. ia juga dikenali sebagai skema. Kedua adalah adaptasi. Adaptasi adalah proses penyesuaian skema-skema dalam memberi tindak balas. Proses ini melibatkan dua proses penting yang saling berkait. Iaitu Asimilasi dan Akomodasi.

Menurut Kamus Psikologi Oxford, Asimilasi menurut Piaget “ a form of adaption in which novel experiences are incorporated into existing psychological structure or processes, as when an infant responds to a new toy that is introduced into its environment by treating it like an already familiar object, interpreting it on the basic  of past experience as something to be grasped, put in the mouth and so on. (Colman, 2015)

Asimilasi adalah penggunaan skema yang sedia ada dan mengaplikasikan kepada situasi yang baru. Asimilasi merupakan proses kognitif, dengan asimilasi seseorang mengintegrasikan semua persepsi atau stimulus kedalam skema yang ada atau tingkah laku yang ada. Asimilasi berlangsung berpanjangan. Seseorang tidak hanya memproses satu stimulus saja, melainkan memproses banyak stimulus. Secara teori, asimilasi tidak menghasilkan perubahan skemata, tetapi asimilasi mempengaruhi pertumbuhan pada skemata. Oleh yang demikian asimilasi merupakan proses kognitif, dengan proses itu individu secara kognitif mengadaptasi diri terhadap lingkungan dan mengadaptasikan  proses  itu. Asimilasi adalah proses kognitif di mana seseorang mengintegrasikan persepsi, konsep atau pengalaman baru ke dalam skema atau pola yang sedia ada dalam fikirannya.

Asimilasi adalah proses menambahkan informasi baru ke dalam skema yang sudah ada. Proses ini bersifat subjektif, karena seseorang akan cenderung memodifikasi pengalaman atau informasi yang diperolehnya supaya masuk ke dalam skema yang sudah ada sebelumnya. Sebagai contoh melihat burung kenari dan memberinya label "burung" adalah contoh mengasimilasi binatang itu pada skema burung pada kanak-kanak.

Akomodasi pula menurut Kamus Psikologi Oxford adalah “ a form of adaption in which psychological structure or processes are modified to fit the changing demand of environment as when an infant adapt in perceptual processes and behavioral repertoire to a new toy that is introduced into a milieu” (Colman, 2015)

Akomodasi secara ringkasnya bermaksud perubahan atau mengubah skema sedia ada untuk mengambil informasi yang baru. Akomodasi adalah kemampuan manusia menciptakan perkara-perkara atau menggabungkan skema-skema yang lama untuk memecahkan dan menyelesaikan masalah. Dalam menghadapi rangsangan atau pengalaman baru seseorang tidak dapat mengasimilasikan pengalaman yang baru dengan skema yang sedia ada. Pengalaman yang baru mungkin tidak sesuai dengan skema yang telah ada. Dalam keadaan demikian individu akan melalui proses akomodasi.

Akomodasi terjadi untuk membentuk skema baru yang sesuai dengan rangsangan yang baru atau modifikasi skema yang telah ada untuk memberi tindak balas kepada sesuatu rangsangan. Dalam menghadapi rangsangan atau pengalaman baru seseorang tidak dapat mengasimilasikan pengalaman yang baru dengan skemata yang telah sedia ada.  Bagi Piaget adaptasi merupakan suatu kesetimbangan antara asimilasi dan akomodasi. Bila dalam proses asimilasi seseorang tidak dapat mengadakan adaptasi terhadap lingkungannya maka terjadilah ketidakseimbangan (disequilibrium). Akibat ketidakseimbangan itu maka terjadilah akomodasi dan struktur kognitif yang ada akan mengalami perubahan atau munculnya struktur yang baru. Pertumbuhan intelektual ini merupakan proses terus menerus tentang keadaan ketidakseimbangan dan keadaan seimbang (disequilibrium-equilibrium). Tetapi bila terjadi kesetimbangan maka individu akan berada pada tingkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Pengalaman-pengalaman baru itu, kadangkala tidak sesuai dengan skema yang seseorang, untuk itu perlu mengadakan akomodasi bila kurang sesuai iaitu dengan membentuk skema baru yang sesuai dengan rangsangan yang baru, atau dengan memodifikasi skema yang ada sehingga sesuai dengan rangsangan itu. Contoh kepada asimilasi dan akomodasi menurut Piaget adalah seperti berikut :-
  • Seorang anak melihat zebra buat kali pertama dan memanggil kuda. Kanak-kanak itu mengasimilasikan maklumat ini ke dalam skema beliau untuk kuda. Apabila kanak-kanak itu menempatkan maklumat, dia mengambil kira sifat-sifat yang berbeza daripada kuda belang berbanding kuda, mungkin memanggil kuda belang kuda dengan jalur. Apabila dia akhirnya mendapat tahu nama zebra, beliau telah ditempatkan maklumat baru ini.
  • Asimilasi adalah seperti menambah udara ke dalam belon. Ianya perlu ditiup dan akan menjadi lebih besar dan lebih besar. Contohnya, skema yang berusia dua tahun itu pokok adalah "hijau dan mempunyai kulit yang keras", maka dari masa ke masa kanak-kanak itu menambah maklumat  seperti beberapa pokok gugur daunnya,  beberapa pokok mempunyai nama-nama, menggunakan pokok ketika sambutan krismas dan lain-lain.  Maklumat ini akan senang diperolehi sekiranya banyak maklumat  sedia ada
  • Kanak-kanak yang sudah pandai menunggang basikal beroda besar boleh  dan mudah untuk menunggang basikal tiga roda dengan tidak ada masalah. Ini kerana mereka boleh mengasimilasikan  dengan pemahaman bahawa skemaadalah 'jenis yang sama'. Namun sebelum berlakunya asimilasi akan berlakunya akomodasi untuk menyimpan skema yang baru. 
  • Apabila kanak-kanak belajar perkataan untuk anjing, mereka mula memanggil semua binatang yang berkaki empat adalah anjing. Ini adalah asimilasi. Orang di sekeliling mereka akan berkata, tidak, itu bukan anjing, ia adalah kucing. Skema untuk anjing kemudian mendapat diubahsuai untuk menghadkan kepada hanya tertentu haiwan berkaki empat. Proses ini adalah akomodasi

3.0      Empat Peringkat Perkembangan Kognisi Piaget (1952)

Perkembangan kognitif merupakan pertumbuhan berfikir logik bermula dari bayi  hingga dewasa. Tahap Perkembangan Kognisi menurut Piaget mempunyai empat tahap iaitu :
1.      Tahap sensorimotor                       : 0 – 2 tahun
2.      Tahap pra-operasional                   : 2 – 7 tahun
3.      Tahap operasional konkrit             : 7- 12 tahun
4.      Tahap operasional formal              : 12 hingga dewasa
Tahap sensorimotor merupakan tahap di mana bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Ia bermula ketika lahir hingga dua tahun. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian. Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.  (Kleinman, 2015)
a)      Bermula kosong hingga enam bulan (0 hingga 4 bulan) merupakan proses refleks. Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan,
b)      Sebulan hingga empat bulan (1 hingga 4 bulan) merupakan proses reaksi asas sekular. Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tingkah laku kanan-kanak. Dan ia akan menjadi lekatan dalam pemikiran.
c)      Empat hingga lapan bulan (4 hingga 8 bulan) merupakan proses reaksi sekular kedua. Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Atau mula mengenali persekitarannya.
d)     Lapan hingga dua belas bulan (8 hingga 12 bulan) merupakan proses reaksi koordinasi. Masa ini dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi.
e)      Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (12 bulan hingga 18 bulan) merupakan proses reaksi sekular ketiga di mana pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif.
f)       Lapan belas bulan hingga dua tahun (18 bulan hingga 2 tahun) merupakan proses penggambaran pemikiran awal bayi. Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.
Tahap pra-operasional berada pada tahap umur dua hingga tujuh tahun. Penggunaan istilah pra operasional adalah menekankan kepada pada tahap ini kanak-kanak masih belum berfikir secara operasional. (Choo, 2012). Pada tahap ini kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya. Perkembangan kognitif kanak-kanak akan semakin pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.
Dalam tahap ini Piaget menjelaskan lima perwatakan  adalah seperti berikut :- (Prof emiritus Dato Dr Abdul Halim Othman, 2015)
                i.           Conservation - kesedaran  mengenai kuantiti fizikal adalah tetap sama walaupun luaran atau appearance telah berubah.
                 ii.            Konsentrasi     -  Kebarangkalian untuk fokus kepada aspek utama dalam sesuatu masalah.
              iii.            Irreversibility   - Tidak dapat membayangkan proses yang tidak berlaku
              iv.            Egocentric       - Tidak dapat memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.
                 v.            Animism          - Percaya semua objek adalah hidup.

Tahap operasional konkrit iaitu pada usia tujuh hingga 11 tahun merupakan tahap di mana kanak-kanak mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Mereka sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Tahap operasional formal bermula daripada kanak-kanak berusia 11 tahun dan sehingga dewasa pula merupakan tahap di mana telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

4.0   Cadangan mempertingkat perkembangan Kognisi Kanak-Kanak Berlainan Budaya

Budaya yang berbeza akan secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ini kerana seperti yang dibincangkan di atas, pembelajaran dan perkembangan kognisi kanak-kanak turut dipelajari melalui persekitaran mereka. Oleh yang demikian terdapat beberapa cadangan untuk mempertingkat perkembangan kognisi kanak-kanak berlainan budaya ini.

Konteks budaya adalah penting untuk perkembangan kognisi kanak-kanak. Terdapat pelbagai variasi yang besar dalam memberi takrif budaya yang berbeza. Hasilnya, pelbagai aspek fungsi kognisi atau prestasi kognisi yang lebih tinggi dalam beberapa konteks budaya dari pada orang lain. Sebagai contoh, manakala pemprosesan kelajuan adalah satu aspek kecerdasan yang sangat bernilai dalam konseptualisasi utama di barat. Aspek kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan kecekapan sosial kelihatan dilihat sebagai lebih penting daripada kelajuan dalam beberapa konteks budaya bagi budaya yang lain. Ini sangat penting untuk perkembangan kognisi awal kanak-kanak untuk mengenali peranan yang konteks budaya yang memainkan peranan dalam menentukan dan menetapkan peringkat untuk fungsi kognitif sihat kanak-kanak. Menurut pandangan Piaget dalam perspektif silang-budaya, perbezaan masyarakat dan budaya akan terjadi pada tahap ke-tiga dan ke-empat dalam tahap perkembangan kognisi kanak-kanak. Walau bagaimanapun ia bergantung pada sesuatu budaya itu. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan perkembangan kognisi kanak-kanak berlainan budaya. Antaranya adalah seperti berikut di bawah.

Cadangan pertama adalah dengan menggunakan proses, sebab dan akibat (Cause-and-Effect). Sebagai contoh, dalam pengalaman harian, Seorang bayi menangis dan kemudian mengambil mainan dan kemudian mendengar bunyi mainan tersebut, dan mengangkat kepala memberi peluang kepada bayi untuk belajar tentang sebab dan akibat. Pengetahuan ini membantu bayi untuk lebih memahami sifat-sifat objek, corak tingkah laku manusia, dan hubungan antara peristiwa dan akibatnya. Melalui pembangunan pemahaman tentang sebab dan akibat, bayi membina kebolehan mereka untuk menyelesaikan masalah, membuat ramalan, dan untuk memahami kesan tingkah laku mereka kepada orang lain.

Cadangan kedua adalah melalui hubungan spatial. Bayi dan kanak-kanak belajar tentang hubungan ruang dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, mereka meneroka objek dengan mulut mereka, mengesan objek dan menyesuaikan objek, dan melihat sesuatu perkara dalam perspektif yang berbeza. Bayi dan kanak-kanak menghabiskan banyak masa mereka meneroka aspek fizikal dan spatial alam sekitar, termasuk ciri-ciri, dan perkaitan hubung kait sesuatu perkara, keadaan persekitaran, objek, dan ruang fizikal di sekeliling mereka. Pembangunan dan perkembangan pemahaman hubungan ruang meningkatkan pengetahuan bayi  dengan cara bagaimana perkara yang bergerak dan sesuai dalam ruang dan sifat-sifat objek.

Cadangan ketiga adalah melalui permainan simbolik. Permainan simbolik adalah tingkah laku awal kanak-kanak biasa juga dikenali sebagai "berpura-pura bermain, berfantasi atau permainan imaginatif (Colman, 2015). Pemikiran perwakilan adalah komponen teras kepada permainan simbolik. Dalam usia lapan bulan, bayi telah belajar fungsi objek biasa contohnya, memegang telefon mainan untuk "mendengar" suara seseorang. Pada usia kanak-kanak sekitar 18 bulan, mereka menggunakan satu objek yang berdiri, atau mewakili objek yang sedia ada dalam skema mereka. Sebagai contoh, bayi berpura-pura menganggap pisang adalah telefon. Pada usia 36 bulan, kanak-kanak melibatkan diri dalam berpura-pura bermain di mana mereka mewakili objek tanpa objek, atau pengganti konkrit, yang boleh didapati. Sebagai contoh, mereka boleh membuat "panggilan telefon" dengan memegang tangan mereka ke telinga mereka.

Cadangan keempat adalah dengan menggunakan cara meta-kognisi. Pengetahuan meta-kognisi adalah merujuk kepada berfikir tentang pemikiran sendiri. Keupayaan untuk memantau jelas pembelajaran salah mereka sendiri, atau untuk menggunakan strategi mnemonik adalah asas pada kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah memahami bahawa ia adalah lebih mudah untuk mengingati senarai kecil barangan daripada sebaliknya, tetapi tidak akan berlaku secara spontan. Ia menggunakan strategi latihan untuk mengingati senarai tersebut. Guru boleh menggalakkan anak-anak untuk memikirkan tentang pemikiran mereka sendiri dan pembelajaran dengan membenarkan masa bagi suatu aktiviti post-book. Sebagai contoh guru-guru juga boleh meminta setiap pelajar untuk menamakan satu perkara yang mereka pelajari dari buku ini. Menulis jawapan pelajar di papan tulis yang boleh membantu kanak-kanak memahami keperibadian pemikiran dan pembelajaran mereka.

Antara cadangan lain yang boleh digunakan dalam meningkatkan perkembangan kognisi terhadap kanak-kanak berlainan budaya adalah dengan Kognisi sosial. Kognisi sosial merujuk kepada berfikir tentang orang lain dan keadaan sosial. Sebagai kanak-kanak mendapat kemahiran kognitif baru, pemahaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi sosial akan bermula. Menjelang tahun prasekolah kanak-kanak mula memahami minda sebagai satu entiti pemikiran dan oleh itu lebih mampu untuk memahami mengapa orang lain bersikap atau merasa cara yang mereka lakukan. Walaupun kanak-kanak prasekolah yang mula menunjukkan "teori fikiran," kerana kebolehan mereka adalah terhad dalam keupayaan mereka untuk memahami perspektif orang lain; Walau bagaimanapun, ini "pemikiran egosentrik" penurunan sepanjang tahun prasekolah sebagai kebolehan berkomunikasi kanak-kanak mula meningkat.

Kemajuan dalam perkembangan kognitif pada tahun-tahun prasekolah membolehkan kanak-kanak untuk berkomunikasi, bermain dan logik dengan cara yang tidak mungkin dalam bertatih. Dengan perancangan dan pengetahuan perkembangan kognisi pada tahun-tahun prasekolah-hati, guru boleh menggalakkan pertumbuhan kognitif melalui aktiviti-aktiviti harian seperti masa cerita. Meningkatkan pemikiran kanak-kanak boleh menjadi semudah membuka sebuah buku dan menggunakan kaedah dan idea-idea ini walaupun kanak-kanak dari budaya yang berbeza.

5.0          Kesimpulan

Kesimpulannya, Piaget mengemukakan teori tentang perkembangan kognisi  anak yang melibatkan proses-proses penting, iaitu, skema, asimilasi, akomodasi, organisasi dan ketidakseimbangan dan keadaan seimbang (disequilibrium-equilibrium). Proses asimilasi dan akomodasi adalah proses yang sentiasa berlaku dan saling berkait di antara keduanya. Dalam teori perkembangan kognisi terdapat empat tahap penting yang mempengaruhi  perkembangan kognisi. Iaitu tahap sensorimotor, tahap pra operasional, tahap operasional konkrit, dan juga tahap operasional formal.
Tahap-tahap dan perkembangan intelektual manusia mempengaruhi kedewasaan, pengalaman fizikal, pengalaman logik, transmisi sosial dan pengaturan diri. Teori Piaget jelas sangat relevan dalam proses kognisi kanak-kanak. Dengan teori ini, individu dapat mengetahui ada tahap-tahap perkembangan tertentu pada kemampuan berfikir kanak-kanak dan tahap mereka.
Keupayaan perkembangan kognisi kanak-kanak juga boleh dipertingkatkan dengan beberapa cara walaupun mereka berasal daripada budaya yang berlainan. Ini kerana perkembangan kognisi boleh dibentuk pada peringkat awal. Oleh yang demikian bila dikaitkan dengan pembelajaran, tahap perlakuan dan perkembangan kanak-kanak dapat difahami dan dilihat dengan tepat, misalnya kita dapat menggunakan bahan yang sesuai kepada kanak-kanak, sesuai dengan tahap kemampuan berfikir yang dimiliki oleh mereka.




Tiada ulasan: