~Learning Have No Quota~ Keep Learning As Long As U Can~ Stay Humble + Positive ~ respect others~ Always Sharing~ Be Honest And Be Thankful ~AdidRashid~

Selasa, 5 April 2016

Kenapa Vs Bagaimana?



Kenapa Vs Bagaimana?

Sedar atau tidak dalam hidup kita ini perkataan “KENAPA” sering terpacul keluar apabila kita sedang beremosi. Kita kerap kali mempersoalkan kenapa?kenapa?dan kenapa? Walaupun terkadang tiada jawapan untuk persoalan itu, kita masih lagi terus terusan mempersoalkannya. Sama ada kepada individu lain ataupun sekadar bermonolog! Semakin kita mempersoalkan “KENAPA”, emosi kita turut semakin tidak tentu hala umpama kapal yang tiada layar.

Apabila kita diuji atau ditimpa musibah yang berlegar di minda kita paling tidak pun adalah perkataan ini, “Ya Allah kenapalah aku diuji sebegini?” atau “Kenapa mesti aku?” dan banyak lagi ungkapan yang hanya menambah kesedihan dihati.
Akibat daripada  terlalu taksub dengan perkataan kenapa ini, akhirnya diri sendiri yang menjeruk rasa. Kerana Apa? Kerana, “KENAPA” tidak akan membawa kita kemana-mana Malah hanya merintih dan seolah-oleh membawa jiwa kita mengenangkan peristiwa-peristiwa yang mengundang persoalan “KENAPA”?

Sedangkan dalam kitab suci AlQuran ada menyebut, bahawa Allah tidak akan membebankan hambanya di luar kemampuannya untuk menanggung. Apabila berpegang pada ayat ini adakah perlu kita mempersoalkan “KENAPA”? Oleh itu lebih baik apabila kita sedang diuji atau dilanda musibah, kita tidak perlu mempersoalkan “KENAPA”? Sebaliknya kita tukarkan kepada “BAGAIMANA”?
Contohnya apabila kita diuji, jika kita sebelum ini Kita akan berkata “Ya Allah kenapalah aku diuji sebegini?” maka cuba kita tukar kepada “Ya Allah Bagaimana cara untuk aku menghadapi ujian ini?”

Dengan menukar perkataan “Kenapa?” kepada “Bagaimana?”, ia bukan sahaja melatih emosi kita supaya lebih tenang, bahkan memberi  ruang kepada akal kita untuk berfikir apa yang perlu dilakukan, bukan apa yang telah berlaku. Bukankan itu lebih baik?dan bukankan itu yang akan lebih membuka jalan, member ruang dan peluang kepada kita untuk lebih ikhlas menerima segala yang datang dariNya.

Oleh itu latihlah diri kita untuk mencari ruang dan peluang disebalik semua yang terjadi. Pandanglah setiap yang diaturkan olehNya dari sudut yang positif. Jangan biarkan diri kita tenggelam disebalik kekecewaan sehingga lupa segala nikmat kehidupan yang lainnya. Yakinlah pada janji ALLAH, akan ada kemudahan selepas kesulitan.

“…Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Sekian. Wassalam.

Selasa, 1 September 2015

Buku-buku MOTIVASI vs Al- Quran

Assalamualaikum and happy morning semua..

Hari ni tajuk agak lain macam sikit kan..hehehe this is my personal view dan tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia( hahahaha dah macam tengok movie kan..)

Sebagai pencinta buku, adid rasa since adid remaja sampai la dah remangsenja(hehehehe) adid sangat minat dengan buku-buku motivasi dan ilmiah berbanding novel-novel cinta..dulu masa sekolah tiapkali ada keluaran baru buku HM Tuah, adid mesti beli..sebab buku tu je murah dalam RM10-15 je sebuah..tu pun ikat perut nak beli.. Bila dah kerja dan ada kemampuan, barulah beli buku-buku yang oversea punya penulis..

Oleh kerana kegilaan pada buku lebih daripada kegilaan shoppng benda lain, so selalulah adid pergi book fair. Satu perangai weird adid adalah suka perhati t/laku manusia..hahaha then otak i yang tak berhenti fikir..ada beberapa perkara yang adid nampak

1. Kedai buku Popular, MPH, Harris..adalah sangat-sangat jarang dilihat duduk melepak membaca buku belek2 buku kat tempat ni..selalunya yang duk sini anak beranak Chinese..kadang tengok mereka ni buat dah macam rumah sendiri. Bukan adid kata tak ada Melayu..ada juga..tapi kalau ada pun kat area novel la..jangan marah ye wahai pencinta novel..Kalau nak tengok majoriti melayu yang ramai di kedai buku meh kita pergi BADAN Bookstore. Ya! kat sini sejuk hati rasa tengok bangsa kita membaca.

2. Kalau ada pun yang minat buku ala2 motivasi atau Self help..biasanya banyak buku2 ni dari barat, contoh Big Wolf Bookfair..sangat2 lah sikit dan hampir tak ada pun buku motivasi yang dari penulis kita. kebanyakan nya barat (ni pengalaman adid sendiri..tapi kalau kawan rasa statment ni salah anggap saja adid tak round habis tempat tu ya)

Ok cukup dua perkara dulu. Tapi perkara yang kedua ni yang adid nak sentuh. Tak salah beli buku motivasi dari pelusuk dunia mana pun. Tapi kebanyakannya dari barat. Jadi kita kena ingat dan apapun kena kembali kepada agama kita dan pegangan kita. Sebab..ada juga juga buku yang mereka selitkan dengan kepercayaan mereka..pegangan agama mereka yang secara tak langsung..jika kita hanya baca dan ikut..dikhuatiri ada yang tak sepatutnya nanti.. So hati-hati.

Adid ada buat posting pasal Motivasi VS Inspirasi (klik sini untuk post berikut). Kadang-kadang sebab kita nak sangat cari motivasi kita sanggup beli buku mahal-mahal..tapi hangat-hangat je baca..dan yang paling sadis lagi..ada juga yang dalam buku tu beri syarat-syarat berjaya dengan menggunakan panduan dalam buku tersebut..antaranya. "buka buku ini setiap hari" dan baca sekerap mungkin..maka kita yang ketandusan motivasi ni pun hari-hari buka sampai hafal tiap bab tu..ada siap hafal ayat dalam buku tu sekali..

TETAPI adakah kita buat juga perkara yang sama saat kita tanduskan Motivasi kita buka dan baca Al-Quran? "Buka setiap hari dan Sekerap mungkin"?

Inilah persoalannya..terkadang kita kejar apa yang jauh untuk kita gapai..tapi lupa sentuh apa yang dekat dengan kita dan pusaka kita. Tak salah kita nak beli buku ke nak pergi seminar ke nak apa ke..tapi biarlah seimbang dengan diri kita sebagai seorang muslim. "Motivasi" yang kita cari tu pun milik ALLAH kan.. jadi apapun mintalah dari Nya.

Tulisan ni sebenarnya ingatan untuk diri adid sendiri.Kadang orang luar fikir kerjaya kami ni sentiasa buat kami bermotivasi sepanjang masa..apapun semua adalah manusia biasa yang ada pasang surutnya..sekuat mana pun pantai dihempas ombak..terkesan juga..Jadi apa pun biarlah seimbang ye..jangan dah baca post ni cakap adid halang beli buku or baca buku motivasi or self help pulak ye..adid pun ada ntah berapa puluh buku motivasi..tak pe ada masa adid share sikit2..

hehehe buat # jap (gatai kan)

#sayabukanustazah
#justmy2cent
#okterimatakokabaikan

Wassalam.

Sabtu, 1 Ogos 2015

MENINGKATKAN MOTIVASI BEKERJA




Assalamualaikum and happy day semua..
ok hari ni adid nak share artikel adid pasal meningkatkan motivasi kerja..
Normal la kan bile kita ni keje..kadang ada masa sangat2 bermotivasi..kadang pula rasa down macam nak berhenti keje..tapi apa pun seperti ape yang adid selalu ulang..kita tak boleh mengubah keadaan ikut apa yang kita nak..kita yang perlu berubah dan sesuaikan diri dengan keadaan tu..kalau dah tak boleh sangat..keluarlah dari keadaan tu..hijrah..yang nak seksa diri sangat buat apa kan..ok taknak ceramah panjang kat sini..jom baca.. 

---------------------------------------------------------------------------------------------
MENINGKATKAN MOTIVASI BEKERJA

Gunakan Teknik KASH bagi meningkatkan motivasi bekerja dari dalam diri Anda! KASH ini bukan membawa maksud tunai sebaliknya ia mewakili Knowledge, Attitute, Skill, dan Habit.

Pertama, Knowledge iaitu pengetahuan. Tingkatkan pengetahuan kita dalam bidang kerja atau cara kerja yang sedang kita lakukan. Selain daripada itu dapatkan pengalaman yang dapat membantu kita dalam pelaksanaan kerja yang lebih cekap dan efisien.

Kedua, Attitute iaitu sikap. Latih diri kita untuk berfikir, bertindak dan bercakap perkara-perkara yang positif. Ia secara tidak langsung akan membantu pembentukan sikap yang positif. Ini kerana apabila kita asyil memikirkan dan bercakap perkara yang negatif ia meghasilkan sikap negatif.

Ketiga, Skill iaitu kemahiran. Tingkatkan keupayaan diri kita supaya ia menjadi “value added” kepada diri kita. Contohnya kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan kemarahan, kemahiran meguruskan masa dan lain-lain yang bersesuaian.

Keempat, Habit iaitu tabiat. Tabiat adalah kebiasaan-kebiasaan sikap kita.  Apabila ketiga teknik diatas diaplikasikan maka lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan pada diri kita. Ia anak menjadi seperti suiz yang hanya perlu dipetik apabila kita inginkan tenaganya.

Apabila keempat-empat teknik ini diamalkan maka ia akan menjadi pencetus dari dalam diri kita sendri untuk memotivasikan diri. Ini kerana kita tidak dapat mengubah keadaan bagi mencetuskan motivasi kepada kita, tetapi sebaliknya kita yang perlu menyesuaikan diri mengikut keadaan. Kerana itu lah kita perlu membina kekuatan motivasi dalaman kita.

Selamat mencuba.



Isnin, 6 Julai 2015

Jenis Jenis Fobia

Assalamualaikum and Happy day..

Dalam dunia ni terdapat macam-macam jenis fobia.. dan sebenarnye setiap fobia tu ada nama dia sendiri. Kadang ada diantara kita yang sesuka hati menggunakan perkataan "Fobia" tanpa tahu apa maksud sebenar fobia tu..hehehe cakap pasal macam best je guna perkataan fobia kot..
Ok..sekarang jom kita belajar sikit apa tu fobia dan nama-nama dia..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fobia  merupakan tingkahlaku takut terhadapt sesuatu dengan kadar melampau, tidak berasas dan tidak rasional. ia juga merupakan ketakutan yang abnormal. Inidividu yang fobia akan cuba mengelak perkara yang ditakuti sedaya upaya. Ini boleh mengganggu kehidupan seharian individu yang berkenaan. (Mahmod 1990)

Antara jenis-jenis fobia:

1.   Acrophobia          :  takut tempat tinggi
2.   Acousticophobia  :  takut pada suara
3.   Amatophobia       :  takut pada debu
4.   Amaxophobia      :  takut kenderaan/dalam kenderaan
5.   Androphobia        :  takut pada lelaki
6.   Antrophobia         :  takut pada orang/ masyarakat
7.   Autophobia          :  takut bersendirian
8.   Brontophobia       :  takut pada petir dan guruh
9.   Coitophobia         :  takut bersenda gurau(suami & isteri)
10. Demonophobia    :  takut pada hantu dan syaitan
11. Eremophobia       :  takut kesunyian
12. Erotophobia         :  takut bercinta
13. Gamophobia        :  takut perkahwinan
14. Gynephobia         :  takut perempuan
15. Gephyrophobia    :  takut menyebarang jambatan/ simpang jalan
16. Hematophobia     :  takut melihat darah
17. Hydrophobia       :  takut pada air
18. Microphobia       :  takut pada benda-benda kecil
19. Necrophobia       :  takut pada orang mati
20. Noctiphobia        :  takut pada malam hari
21. Osmohphobia     :  takut bau badan
22. Pedephobia         :  takut pada bayi/anak kecil
23. Ophidiophobia    :  takut ular
24. Pyrophobia          :  takut pada api
25. Thalassophobia   :  takut lautan
26. Toxicophobia      :  takut kena racun
27. Xenophobia        :  takut orang asing
28. Zoophobia          :  takut pada binatang

Sumber
P. Psikologi Bilazim Ab. Halim Abdul Rahim