~Learning Have No Quota~ Keep Learning As Long As U Can~ Stay Humble + Positive ~ respect others~ Always Sharing~ Be Honest And Be Thankful ~AdidRashid~

Memaparkan catatan dengan label Ilmu Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu Minda. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2016

"Kesakitan" Dalam Perspektif Psikologi - Health Psychology

Setiap manusia tidak akan terlepas daripada merasai kesakitan. Mengalami rasa sakit berlaku kepada setiap individu tanpa terkecuali. Kesakitan juga dapat dikatakan sebagai fenomena sosial. Tindakbalas seseorang individu yang menunjukkan ke arah kesakitan adalah berbeza-beza. Biasanya ia bergantung kepada pengalaman lepas berkenaan kesakitan yang dialami. Kesakitan juga diramal mengikut beberapa faktor, termasuk jantina, etnik, personaliti dan budaya, semua interaksi, di dalam tisu dan sinaps tubuh. Perbezaan persepsi dan penerimaan individu dalam kesakitan menjadi punca di mana bidang biologi, psikologi dan sosiologi semua bertemu dan melihat perkaitan antaranya. Walaupun perbezaan merasai kesakitan lebih banyak menyentuh berkenaan mekanisme psikososial dan biologi, namun perlu ditekankan bahawa kepercayaan seseorang dan didikan budaya boleh mengubah cara badan dan otak mereka bertindak balas terhadap kesakitan. Menurut Profesor Roger Fillingim, seorang ahli psikologi klinikal di Universiti Florida ;

“Kita perlu mengintegrasikan semua faktor-faktor ini untuk lebih memahami bagaimana faktor psikologi dan biologi bekerja bersama-sama untuk akhirnya memahami faktor yang mewujudkan pengalaman kesakitan.”

Kepentingan dalam penilaian dan pengurusan kesakitan meningkat secara mendadak selepas 1965, apabila Gate Control Theory diperkenalkan. Peningkatan ini adalah serentak dengan kemajuan besar dalam pemahaman tentang pemprosesan kesakitan yang kompleks dan melibatkan banyak aspek. Oleh itu kajian demi kajian dijalankan. Pelbagai faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi kesakitan manusia, khususnya faktor persekitaran dan psikologi yang mengubah suai bagaimana kesakitan dialami. Sakit adalah kompleks, persepsi pelbagai dimensi yang berbeza dari segi kualiti, kekuatan, tempoh, lokasi, dan ketidakselesaan. Kekuatan dan ketidakselesaan sakit bukanlah semata-mata dan tidak langsung berkaitan dengan sifat dan tahap kerosakan tisu dari sudut biologi. Ini kerana walaupun bayi yang baru lahir mungkin mengalami sakit yang berbeza daripada rangsangan yang sama, kerana perbezaan dalam keadaan di mana ia ditadbir. Pengalaman kesakitan boleh berkisar dari ketidakmampuan untuk melihat kesakitan, tanpa mengira kekuatan rangsangan, dengan persepsi sebenar sakit di anggota badan. Persepsi, ungkapan, dan tindak balas kepada kesakitan dipengaruhi oleh pembolehubah genetik, perkembangan, kekeluargaan, psikologi, sosial dan budaya.

Faktor-faktor psikologi, seperti faktor-faktor keadaan dan emosi yang wujud apabila kita mengalami sakit, boleh mengubah kekuatan persepsi ini. Perhatian, pemahaman, kawalan, dan jangkaan boleh menjejaskan persepsi kesakitan. Oleh itu, pemahaman sakit memerlukan bukan sahaja memahami dan merujuk kepada sistem biologi, tetapi pengiktirafan dan kawalan daripada banyak faktor alam sekitar, sisiologi dan psikologi yang mengubah persepsi kesakitan manusia.


Terdapat pelbagai teori tentang kesakitan dan persepsi. Ia bukan sahaja dikaji dalam bidang psikologi malah dalam biologi dan sosiologi. Setakat ini, terdapat pengiktirafan luas daripada kepentingan pandangan biopsychosocial kesakitan. Namun menurut Raczynski dan Diclemente (1999) terdapat lima faktor yang menyumbang kepada perbezaan dalam melaporkan simptom iaitu : fisiologi, psikologi, kognitif, demografi dan juga persekitaran. Setiap faktor diatas memainkan peranan dalam menyumpang persepsi dan perbezaan dalam melaporkan simptom dan seterusnya membentuk perlakuan pesakit. (Razali, 2012)

Selasa, 21 Jun 2016

The Miracle- Working Power Of Your Subconcsious Mind - Mind Power

Sharing key point from the book of "The Power of your Subconscious Mind"-by Joseph Murphy
Chapter 3 : The Miracle- Working Power Of Your Subconscious Mind




  1. Your subconscious mind control all the vital processes of your body and knows the answer to all problems. 
  2. Prior to sleep, turn over a specific request to your subconscious mind and prove its miracle- working power to yourself.
  3. Whatever you impress on your subconscious mind is expressed on the screen of space as conditions experiences and event. Therefore, you should carefully watch all ideas and thoughts entertained in your conscious mind!
  4. The law of action and reaction in universal. Your thought in action, and the reaction is the automatic response of your subconscious mind to your thought. Watch your thought! 
  5. All frustration is due to unfulfilled desires. If you dwell on obstacle, delay, and difficulties, your subconscious mind responds accordingly, and you are blocking own good.
  6. The life-principle will flow through. Feed your subconscious with thoughts of harmony, health, and peace, and all the functions of your body will become normal again.
  7. Keep your conscious mind busy with the expectation of the best and your subconscious will faith-fully reproduce your habitual thinking.
  8. Imagine the happy ending or solution to your problem, feel the thrill of accomplishment, and what you imagine and feel will be accepted by your subconscious mind, which will bring it to pass.
  9. You must consciously affirm : " i believe that the subconscious power that gave me this desire is now fulfilling it through me." This dissolves all conflicts.


Disclaimer:
All the information was what the writer want to share from the book. Just some info chosen for this blog as sharing. For full info and more details, reader are advise to read the book itself.~AdidRashid~

Rabu, 8 Jun 2016

How Your Mind Works - Mind Power

Sharing key point from the book of "The Power of your Subconscious Mind"-by Joseph Murphy
Chapter 2 : How Your Mind Works




  1. Think Good, and Good follows. Think Evil, and Evil Follow. You are what you think!
  2. Your Subconscious Mind does not argue with you. It just accepts what your conscious mind decrees.
  3. You have power to choose. Choose to be good!
  4. Your conscious mind is the " Watchman at The Gate". Its chief function is to protect your subconscious mind from false impressions. 
  5. The suggestions and statements of other have NO POWER to hurt you. You have power to choose how you will react.
  6. Watch what you say! You have to account for every idle word.
  7. Never say "I can't". Say "I can".
  8. Choose your own thoughts and make your own decisions.
  9. Whatever your conscious mind assumes and believe to be true, your subconscious mind will accept and bring it to pass.


Disclaimer:
All the information was what the writer want to share from the book. Just some info chosen for this blog as sharing. For full info and more details, reader are advise to read the book itself.~AdidRashid~

Selasa, 7 Jun 2016

The Treasure House Within You- Mind Power

Sharing key point from the book of "The Power of your Subconscious Mind"-by Joseph Murphy
Chapter 1 : The Treasure House Within You 


  1. The treasure house is within you. Look within for the answer to heart's desire.
  2. The great secret possessed by the great men of all ages was their ability to contact and release the power of their subconscious mind. You do the same.
  3. Your subconscious has the power to answer to all problems.
  4. Your subconscious mind is the builder of your body and  can heal you.
  5. Every thought is a cause, and every condition is effect.
  6. Your are like a captain navigating a ship. Give the Right order  ( thought and image) to your subconscious mind, which control and governs all your experience.
  7. Your subconscious mind take at your word.
  8. The law of life is the law of belief. A belief is a thought in your mind.
  9. Change your thought, and you changed your destiny.


Disclaimer:
All the information was what the writer want to share from the book. Just some info chosen for this blog as sharing. For full info and more details, reader are advise to read the book itself.~AdidRashid~

Sabtu, 1 Ogos 2015

MENINGKATKAN MOTIVASI BEKERJA




Assalamualaikum and happy day semua..
ok hari ni adid nak share artikel adid pasal meningkatkan motivasi kerja..
Normal la kan bile kita ni keje..kadang ada masa sangat2 bermotivasi..kadang pula rasa down macam nak berhenti keje..tapi apa pun seperti ape yang adid selalu ulang..kita tak boleh mengubah keadaan ikut apa yang kita nak..kita yang perlu berubah dan sesuaikan diri dengan keadaan tu..kalau dah tak boleh sangat..keluarlah dari keadaan tu..hijrah..yang nak seksa diri sangat buat apa kan..ok taknak ceramah panjang kat sini..jom baca.. 

---------------------------------------------------------------------------------------------
MENINGKATKAN MOTIVASI BEKERJA

Gunakan Teknik KASH bagi meningkatkan motivasi bekerja dari dalam diri Anda! KASH ini bukan membawa maksud tunai sebaliknya ia mewakili Knowledge, Attitute, Skill, dan Habit.

Pertama, Knowledge iaitu pengetahuan. Tingkatkan pengetahuan kita dalam bidang kerja atau cara kerja yang sedang kita lakukan. Selain daripada itu dapatkan pengalaman yang dapat membantu kita dalam pelaksanaan kerja yang lebih cekap dan efisien.

Kedua, Attitute iaitu sikap. Latih diri kita untuk berfikir, bertindak dan bercakap perkara-perkara yang positif. Ia secara tidak langsung akan membantu pembentukan sikap yang positif. Ini kerana apabila kita asyil memikirkan dan bercakap perkara yang negatif ia meghasilkan sikap negatif.

Ketiga, Skill iaitu kemahiran. Tingkatkan keupayaan diri kita supaya ia menjadi “value added” kepada diri kita. Contohnya kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan kemarahan, kemahiran meguruskan masa dan lain-lain yang bersesuaian.

Keempat, Habit iaitu tabiat. Tabiat adalah kebiasaan-kebiasaan sikap kita.  Apabila ketiga teknik diatas diaplikasikan maka lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan pada diri kita. Ia anak menjadi seperti suiz yang hanya perlu dipetik apabila kita inginkan tenaganya.

Apabila keempat-empat teknik ini diamalkan maka ia akan menjadi pencetus dari dalam diri kita sendri untuk memotivasikan diri. Ini kerana kita tidak dapat mengubah keadaan bagi mencetuskan motivasi kepada kita, tetapi sebaliknya kita yang perlu menyesuaikan diri mengikut keadaan. Kerana itu lah kita perlu membina kekuatan motivasi dalaman kita.

Selamat mencuba.



Isnin, 6 Julai 2015

Jenis Jenis Fobia

Assalamualaikum and Happy day..

Dalam dunia ni terdapat macam-macam jenis fobia.. dan sebenarnye setiap fobia tu ada nama dia sendiri. Kadang ada diantara kita yang sesuka hati menggunakan perkataan "Fobia" tanpa tahu apa maksud sebenar fobia tu..hehehe cakap pasal macam best je guna perkataan fobia kot..
Ok..sekarang jom kita belajar sikit apa tu fobia dan nama-nama dia..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fobia  merupakan tingkahlaku takut terhadapt sesuatu dengan kadar melampau, tidak berasas dan tidak rasional. ia juga merupakan ketakutan yang abnormal. Inidividu yang fobia akan cuba mengelak perkara yang ditakuti sedaya upaya. Ini boleh mengganggu kehidupan seharian individu yang berkenaan. (Mahmod 1990)

Antara jenis-jenis fobia:

1.   Acrophobia          :  takut tempat tinggi
2.   Acousticophobia  :  takut pada suara
3.   Amatophobia       :  takut pada debu
4.   Amaxophobia      :  takut kenderaan/dalam kenderaan
5.   Androphobia        :  takut pada lelaki
6.   Antrophobia         :  takut pada orang/ masyarakat
7.   Autophobia          :  takut bersendirian
8.   Brontophobia       :  takut pada petir dan guruh
9.   Coitophobia         :  takut bersenda gurau(suami & isteri)
10. Demonophobia    :  takut pada hantu dan syaitan
11. Eremophobia       :  takut kesunyian
12. Erotophobia         :  takut bercinta
13. Gamophobia        :  takut perkahwinan
14. Gynephobia         :  takut perempuan
15. Gephyrophobia    :  takut menyebarang jambatan/ simpang jalan
16. Hematophobia     :  takut melihat darah
17. Hydrophobia       :  takut pada air
18. Microphobia       :  takut pada benda-benda kecil
19. Necrophobia       :  takut pada orang mati
20. Noctiphobia        :  takut pada malam hari
21. Osmohphobia     :  takut bau badan
22. Pedephobia         :  takut pada bayi/anak kecil
23. Ophidiophobia    :  takut ular
24. Pyrophobia          :  takut pada api
25. Thalassophobia   :  takut lautan
26. Toxicophobia      :  takut kena racun
27. Xenophobia        :  takut orang asing
28. Zoophobia          :  takut pada binatang

Sumber
P. Psikologi Bilazim Ab. Halim Abdul Rahim

Sabtu, 2 Mei 2015

Baka dan Persekitaran Membentuk kanak-kanak (Psikologi Kanak-kanak)



BAKA DAN PERSEKITARAN BERINTERAKSI MEMBENTUK SESEORANG KANAK-KANAK.

Terdapat tiga elemen dan konsep utama dalam baka dan persekitaran berinteraksi dalam pembangunan dan pembentukan seseorang kanak-kanak. ia adalah Reaction Range atau Reaksi Pelbagai, Canalisation, korelasi genetik-persekitaran dan persekitaran yang mempengaruhi ekspresi gen (Choo, 2012).
Reaction range merujuk kepada setiap manusia adalah unik. Secara semula jadi ia akan memberi tindak balas  kepada persekitaran. Gen yang tidak sesuai dengan tingkah laku dalam sesuatu keadaan boleh mewujudkan pelbagai kemungkinan yang bergantung sepenuhnya kepada keadaan persekitarannya. Dua perkara penting dalam Reaction Range (Choo, 2012) adalah, pertama, tindak balas terhadap persekitaran yang sama bagi individu yang berlainan adalah berbeza. Ini kerana setiap individu yang mempunyai genetik yang unik. Kedua, kadangkala perbezaan antara genetik dan persekitaran menjadikan dua individu yang berlainan kelihatan sama. Oleh yang demikian Reaction Range menunjukkan bahawa gabungan unik antara baka dan persekitaran boleh mendorong persamaan dan perbezaan dalam pembentukan tingkah laku.
Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak lahir di dalam persekitaran yang miskin, genetik mereka boleh meletakkan had khusus kepada sejauh mana kebolehan kognitif mereka boleh berkembang. Kanak-kanak ini mungkin menunjukkan keupayaan yang sangat rendah di bawah persekitaran yang miskin, dan tahap keupayaan yang hanya sedikit lebih tinggi dengan pencapaian di bawah persekitaran yang lebih mewah atau kaya. Dalam kes ini, kita akan berkata kanak-kanak mempunyai Reaction Range yang kecil. Berbanding dengan seorang lagi kanak-kanak dengan genetik yang berlainan boleh menyesuaikan sedikit lebih baik dalam persekitaran yang miskin tetapi amat baik dalam persekitaran yang mewah atau kaya. Kanak-kanak ini akan menunjukkan Reaction Range yang lebih besar dalam bertindak balas.
Canalisation merupakan metafora untuk melihat bagaimana baka boleh menyekat perkembangan terhadap sesuatu trait. (Choo, 2012). Ia merupakan kebolehan baka dalam menyekat beberapa perkembangan sesuatu watak kepada satu atau beberapa hasil. Contohnya, setiap bayi akan mengikuti fasa seperti duduk merangkak dan berjalan, namun tahap kognitif dan personaliti berubah bergantung pada persekitaran.                                                                                                                         
 Korelasi genetik-persekitaran pula merujuk kepada bagaimana genetik individu mempengaruhi persekitaran di mana kita terdedah dan cara bagaimana ia berubah mengikut umur (Choo, 2012). Ia mempunyai tiga konsep yang dikenali sebagai Korelasi Pasif, Korelasi Evocative , dan juga korelasi aktif. Korelasi pasif adalah terjadi ketika ibu bapa menentukan persekitaran yang tertentu untuknya. Sebagai contoh jika ibu bapa mempunyai bakat dalam lukisan, maka persekitaran dibentuk mengikut bakat genetik dan seterusnya mempengaruhi perkembangan anaknya. Korelasi evocative terjadi ketika karakteristik anak membangkitkan jenis lingkungan tertentu. Sebagai contoh, bayi yang aktif dan mesra lebih mudah mendapat dorongan yang positif dan galakan dari ibu bapanya. korelasi aktif pula terjadi ketika anak-anak mencari atau memilih lingkungan yang mereka rasakan sesuai dan mengikut minat. Contohnya kanak-kanak yang mempunyai genetik dan bakat dalam penulisan akan cenderung memilih aktiviti yang sama di sekolah.
Persekitaran mempengaruhi ekspresi genetik pula membawa maksud persekitaran juga boleh mengubah atau mempengaruhi aktor genetik ia termasuk faktor-faktor seperti hormon dan metabolisme. Satu pengaruh persekitaran dalaman utama yang memberi kesan gen adalah jantina.  Begitu juga, ubat-ubatan, bahan kimia, suhu, dan cahaya adalah antara faktor persekitaran luaran yang boleh menentukan gen dihidupkan dan dimatikan, Maka inilah yang dimaksudkan dengan persekitaran mempengaruhi ekspresi genetik.
Interaksi antara baka dan persekitaran sangat penting dalam pembentukan seseorang kanak-kanak. Ini kerana baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran pula akan mempengaruhi dan membantu individu dalam mencapai tahap perkembangan yang optimum. Genetik dan persekitaran yang berbeza akan membentuk personaliti kanak-kanak yang berbeza. Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak lahir dalam keluarga yang mengambil bidang perubatan, dengan faktor genetik kepintaran baka itu, kanak-kanak boleh mengikut jejak langkah ibu bapanya. Namun, jika dia tidak diberi pendedahan tentang bidang perubatan, sebaliknya ibu bapa membentuk persekitaran lain atau kecenderungan di sekolah adalah berbeza. Ada kemungkinan besar  kanak-kanak tersebut tidak memilih bidang perubatan. Walaupun baka memainkan peranan penting, namun perlu juga persekitaran untuk memberi pendidikan atau tarbiah kepada anak-anak. Sesetengah kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan IQ yang tinggi. Namun tidak bererti mereka yang tidak dilahirkan dengan IQ yang tinggi tidak boleh berjaya dan tidak boleh mencapai IQ yang tinggi. Di sinilah faktor persekitaran memainkan peranannya.

 

 PERSEKITARAN BOLEH MEMBENTUK PERKEMBANGAN ANAK ANDA.

            Persekitaran yang baik sangat penting dalam membentuk perkembangan anak-anak. Seperti yang kita sedia maklum, baka sememangnya mempengaruhi pertumbuhan, namun ia kurang berpengaruh terhadap perkembangan. Persekitaran pula mempengaruhi kedua-duanya sekali. Antara tokoh yang mengkaji secara mendalam tentang faktor persekitaran adalah Urie Bronfenbrenner. Beliau terkenal dengan teori ekologi  (Hq, 2015), iaitu perkaitan antara pengaruh persekitaran dengan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Dalam teori ini terdapat lima peringkat yang mempengaruhi ekologi itu sendiri. (a) sistem makro (b) sistem messo (c) sistem ekso (d) sistem makro dan (e) sistem krono.

               Sistem makro adalah di mana seseorang kanak-kanak  itu banyak menghabiskan masanya. Dalam ruangan ini kanak-kanak berinteraksi secara langsung dengan ahli keluarga terdekat, seperti ibu bapa, adik-beradik, rakan sekolah, jiran-jiran, rakan sebaya dan juga masyarakat setempat. Sistem messo pula adalah melihat kepada bagaimana kanak-kanak berinteraksi dan mengaitkan pengalaman sendiri kepada komuniti. Di ruangan ini interaksi pelbagai hala akan berlaku. Sistem ekso pula merujuk kepada pengalaman yang diterima secara langsung mahupun tidak kanak-kanak tersebut. Sistem makro adalah melibatkan sosio-budaya yang lebih luas. Di sini budaya, norma, nilai dan kepercayaan individu memainkan peranan. Yang terakhir adalah sistem krono iaitu merujuk kepada sejarah dan kronologi pengalaman perkembangan kanak-kanak yang memberi impak kepada perkembangan emosi.

           Asyraf, anak yang berusia 5 tahun. Merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan cepat belajar melalui persekitaran. Asyraf juga seorang yang mudah mesra dengan individu yang menunjukkan kemesraan kepada beliau. Mempunyai fizikal yang agak berisi, faktor pemakanan amat dititikberatkan. Beliau menunjukkan ciri-ciri berani mencuba sesuatu yang baru dan suka meneroka keadaan sekeliling dan pandai menguruskan diri sendiri. Beliau juga akan menurut perintah seandainya ibu bapa atau sesiapa saja meminta pertolongan.  Asyraf juga mempunyai seorang adik yang berusia 3 tahun. Beliau menunjukkan sikap tanggungjawab terhadap adiknya. Namun ada kalanya beliau tidak mengendahkan adiknya. Keletah dan kemesraan beliau terhadap individu-individu sekeliling membuatkan dia begitu disenangi. Beliau menunjukkan ciri yakin diri dan mempunyai self-esteem yang tinggi. Walau bagaimanapun, persekitaran kejiranan dan rakan sepermainan yang lebih besar dari usianya membuatkan Asyraf terikut-ikut dengan penggunaan bahasa yang tidak sihat. Berlatarbelakangkan keluarga yang sememangnya berniaga dan kerap berkomunikasi dengan orang ramai, menjadikan Asyraf secara genetik sememangnya mudah mesra. Faktor persekitaran pula yang membentuk Asyraf menjadi lebih bijak adalah, mempunyai ibu bapa yang membentuk persekitaran yang sesuai. Seterusnya faktor pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak, secara formal atau tidak, telah membentuk watak dan trait personaliti beliau. Sistem pelaksanaan peraturan dipraktikkan dalam keluarga. Oleh yang demikian, sekiranya anak ini ada membuat kesilapan, maka peneguhan negatif atau hukuman akan dikenakan bersesuaian dengan keadaan.  Ini adalah bagi membentuk disiplin anak ini. Faktor sosio-ekonomi juga menjadi faktor persekitaran yang menyumbang kepada pembentukan anak ini. Ini kerana Asyraf lebih terdedah kepada persekitaran luaran. Seperti ke pusat-pusat membeli belah, restoran-restoran, dan pelbagai aktiviti luaran yang menjadikan beliau terdedah kepada persekitaran umum dan seterusnya belajar melalui pemerhatian. Cara didikan dan asuhan juga sangat penting, penerapan nilai-nilai dan akhlak yang mulia perlu sejak dari awal perkembangan. 

           Berbanding dengan Asyraf, Rina yang usianya sama seperti Asyraf tidak begitu bernasib baik. Ini kerana, latar belakang keluarga yang agak bermasalah dan tidak teratur. taraf ekonomi yang rendah, mempunyai adik-beradik yang ramai, tinggal di kawasan kampung yang agak jauh dari bandar menjadikan Rina seorang kanak-kanak yang pasif. Apabila bertemu saudara mara mahupun sepupu yang dalam lingkaran umur yang sama, Rina lebih gemar mendiamkan diri. Beliau tidak akan bercakap dengan individu yang kurang rapat dengannya, kecuali setelah mengambil masa yang agak lama untuk mewujudkan kepercayaan seterusnya keselesaan. Kebergantungan Rina terhadap ibunya sangat tinggi. Ini kerana dalam keadaan keluarga yang ramai dan ibu bapa yang mempunyai masalah perhubungan, ini menyebabkan Rina tidak rapat dengan bapanya. Selain itu beliau juga mempunyai self-esteem yang rendah. Apabila Rina dibawa ke bandar oleh saudara maranya, jelas kelihatan beliau agak janggal dan tidak biasa dengan persekitaran luar. Naluri kanak-kanaknya akan terserlah dan beliau merasa teruja. Oleh sebab Rina tidak didedahkan dengan persekitaran luar sosial, sebagai contoh, apabila ke restoran KFC beliau tidak tahu apa jenis makanan yang beliau inginkan dan hanya menerima apa sahaja yang diberikan kepada beliau. Dari segi emosi, Rina merupakan kanak-kanak yang mudah tersentuh. Ini mungkin disebabkan persekitaran dalam rumah di mana beliau kerap melihat ibu dan bapanya bergaduh. Dari segi perkembangan kognitif pula Rina mempunyai masalah pada tahap pembelajaran mengikut tahap umurnya. Fizikal Rina juga tidak seimbang, ini mungkin kerana faktor pemakanan sihat yang tidak dijaga.

           Dalam situasi ini, Asyraf lebih bernasib baik dari Rina. Persekitaran membentuk personaliti dan pembawaan diri mereka. Persekitaran yang baik membentuk anak-anak ke arah yang lebih positif dan unggul berbanding sebaliknya. Persekitaran yang tidak sihat akan menjadikan kanak-kanak lebih pasif dan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang. Maka apabila ibu bapa sedar tentang perkara ini, berusahalah untuk mencipta persekitaran yang sihat.

           Kesimpulannya, faktor baka dan faktor persekitaran sangat berkait rapat dalam pertubuhan dan perkembangan manusia. Kedua-dua faktor ini tidak dapat dipisahkan kerana setiap daripadanya menyumbang ke arah membentuk seseorang individu. Untuk menjadi individu dan membentuk kanak-kanak yang holistik, kedua, dua faktor ini perlu sama dititikberatkan tanpa dipisahkan. Ini kerana baka dan persekitaran berinteraksi antara satu sama  lain dan saling melengkapi seseorang individu.
          
          Faktor baka sememangnya diwarisi, maka ia akan menjadi bawaan pada kanak-kanak. Namun untuk membentuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang baik maka persekitaran yang baik juga diperlukan. Persekitaran merupakan faktor luaran yang boleh diubah mengikut kesesuaian keadaan. Ia tidak seperti faktor baka yang sememangnya menjadi genetik. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai bapa seorang yang pemarah akan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mendapat sifat yang sama. Namun sifat negatif ini boleh diatasi faktor persekitaran, seperti  pembelajaran dan sebagainya.
           
       Institusi keluarga terutama peranan ibu bapa sangat penting bagi memastikan pembentukan kanak-kanak berlangsung dalam keadaan yang baik. Ilmu keibubapaan perlu bagi menyediakan mereka menghadapi proses tumbesaran kanak-kanak. Apabila ibu bapa mencipta dan mencorakkan persekitaran yang proaktif, maka kanak-kanak akan membentuk dan berkembang menjadi manusia unggul.

Rujukan


Choo, O. Y. (2012). Child Psychology. Selangor: Open University Malaysia.

Hq, P. (2015). http://www.psychologynoteshq.com/bronfenbrenner-ecological-theory/. Retrieved November 1, 2015, from www.psychologynoteshq.com.

Keenan, T. (2002). An Inroduction of Child development. London: Sage Publications LTD.

Kellert, S. R. (2002). Experiencing heredity and environment Affective, emotion and evaluative development in children. Child and Nature , 121-147.